Review : Gel Mandian Bidara Lab.

Julai 18, 2016
www.ceritaejoy.com

Review : Gel Mandian Bidara Lab| Baru-baru ni, wife aku minta aku belikan 1 gel mandian secara online. Mulanya aku memang pelik la. Yelah, nak beli sabun pun kena beli online. Beli sahaja lah dekat kedai runcit kan? Katanya, gel mandian ni takda jual kat kedai runcit. Jadinya aku beli je, tanpa tanya apa yang special nya gel mandian ni. Wife aku Cuma kata, yang gel mandian ini special kerana ianya telah “di ruqyahkan”. Ha? Dan sempat juga dia beritahu nama gel mandian tu. Gel Mandian Bidara Lab!

Aku biasa dengar pasal daun bidara ni. Daun Bidara banyak digunakan di Dalam Perubatan Islam. Kebiasaannya yer, daun bidara ini digunakan di dalam rawatan gangguan makhluk halus. Ha! Korang nampak tu? Jadinya, nama gel mandian ini adalah Gel Mandian Bidara Lab! Apakah gel mandian ini boleh mengubati gangguan makhluk halus? Itu kejap lagi kita cerita.

Kalau nak cerita pasal daun bidara ni, memang panjang. Daun Bidara juga ada disebutkan di Dalam Al Quran. Kalian boleh cari mengenai hal itu di google ya! Aku nak sambung cerita mengenai Review Gel Mandian Bidara Lab ni. Aku baru mula pakai malam tadi. Hmm, wangi. Pekat. Dan kurang buih! Mungkin sebab aku tak gosokkan terlebih dahulu pada tapak tangan. Hehe.

Apa yang menarik perhatian aku dengan Gel Mandian Bidara Lab ini adalah, ianya mampu merawat gangguan jin dan syaitan! Itu yang tertulis pada botol gel mandian ini. Sambil kita mandi dan cuci badan menggunakan gel mandian ini, kita juga dapat melindungi diri kita daripada gangguan syaitan. Bukankah ianya sangat baik? Kiranya 2 dalam 1 la. Kan?

www.ceritaejoy.com

Namun, segala kesan boleh di lihat dalam masa 7 hari bergantung kepada tubuh seseorang itu. Ada yang boleh rasa keberkesanan Gel Mandian Bidara Lab ini hanya dalam masa 1 hari! Atau lebih cepat lagi, selepas selesai sahaja menggunakan gel mandian tersebut. Macam aku, aku tak rasa apa-apa pun lepas pakai gel mandian ini. Cuma rasa segarlah badan! Dan aku suka dengan bau dan warna hijau nya yang pekat! Itu lebih menenangkan diri aku saat di bilik mandi. Hehe.

Yang sebenarnya, banyak juga kelebihan Gel Mandian Bidara Lab ni. Pada aku harganya murah jika dibandingkan dengan kebaikan yang bakal diperolehi penggunanya.  Di Antara kelebihan gel mandian ini adalah:

  • Ianya mampu merawat masalah stress dan kemurungan.
  • Perniagaan merosot (bagi yang menggunakan spray)
  • Fikiran tidak tenang.
  • Salah faham suami isteri.
  • Rasa tidak tenteram di rumah.
  • Anak susah dikawal.
  • Selalu marah-marah
  • Pening kepala
  • Mimpi pelik.
  • Gangguan makhluk halus
  • Selalu rasa sakit-sakit.
  • Masalah batin.


Lihat! Dengan sedikit wang yang kalian keluarkan untuk membeli Gel Mandian Bidara Lab ini. Kalian bakal memperolehi 12 kebaikan. InsyaAllah, dengan izin yang maha esa, tubuh badan kita bersih dan segala penyakit dapat di ubati. Hanya dengan izin Allah ya!

Baiklah! Aku bukan nak jual Gel Mandian Bidara Lab ni. Aku bercerita kerana aku sedang menggunakan gel mandian ini. keberkesanan gel mandian ini dapat dilihat dalam masa 7 hari. Apa pun, aku sukakan bau dan warnanya yang pekat. Tubuh badan juga segar selepas menggunakan gel mandian ini selain dari harganya yang murah! Kalau kalian mengalami salah satu daripada masalah di atas, aku syorkan korang dapatkan gel mandian ini ya! Selain dapat membersihkan tubuh, ianya juga dapat melindungi diri kita dari segala perkara yang tidak di ingini. Ok?

4 ulasan:

  1. Kekadang akk pon stress ..blh cuba produk ni ejoy hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha..sila-sila..murah je harga dia ni..hehehe..tapi saya tak jual..

      Padam
  2. bagus juga produk ni ejoy...sebagai salah satu usaha...

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.