Ira kazar tampil jelaskan isu Viral tarian separuh bogel.
Ira kazar tampil jelaskan isu Viral tarian separuh bogel| Cerita mengenai Video Ira Kazar menari ghairah ada aku kongsikan di dalam blog ceritaejoy 3 hari lepas. Ramai yang mengecam beliau lebih-lebih lagi selepas video ira kazar menari tanpa seluar tersebar. Hari ini, Ira kazar tampil memohon maaf di atas keterlanjuran beliau di dalam video tarian tersebut. Jom kita baca cerita penuhnya!
Sebelum ini kecoh apabila anak kepada pelakon Kazar Saisi
iaitu Ira Kazar telah memuat naik video 'gelekan maut' sehingga ianya menjadi
viral.
Susulan itu, pelbagai kritikan yang diterima oleh beliau dan
Kazar turut terkena tempias nya.
Menyedari kesilapannya, Ira atau nama sebenarnya Faghira
Fatini Kazaruddin, 21, menganggap perkara yang berlaku itu sebagai pengajaran
buat dirinya.
“Saya rasa semua dah sedia maklum dengan video saya yang
menjadi viral dan saya ingin mohon maaf kepada semua yang tidak suka dengan
tindakan saya.
“Video itu saya dah padamkan dan saya anggap perkara yang
berlaku itu sebagai pengajaran buat diri saya.
“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati sebelum memuatnaik
sebarang video atau gambar di media sosial,” katanya ketika dihubungi Astro
Gempak pada pagi Isnin.
Tambah Ira lagi, dia tidak mengetahui tentang video tersebut
menjadi viral sehinggalah diberitahu oleh rakan-rakannya.
“Sebenarnya video itu saya muatnaik hanya sekadar suka-suka,
tak tahu pula sampai jadi viral.
“Saya dapat tahu perkara ini pun bila rakan-rakan saya
khabarkan pada saya mengenai video tersebut
“Saya rasa video ini menjadi viral kerana saya adalah anak
kepada seorang pelakon.
“Sebenarnya video itu saya muatnaik hanya suka-suka dan saya
rasa perkara ini menjadi viral kerana saya anak seorang pelakon.
“Selepas jadi viral memang banyak komen-komen negatif yang
diberikan kepada saya namun benda dah jadi, nak tak nak saya kena terima.
“Bagaimanapun hubungan saya dan ayah baik, tak ada apa-apa
masalah pun dan sebagai anak saya terima nasihat yang diberikan oleh ayah
dengan hati yang terbuka.
baguslah kalau dah sedar kesilapan diri sendiri...semua insan pernah buat silap
BalasPadamyup..betul tu, yang penting cepat sedar dan ingin berubah..kan?
Padamkalau sedar kesilapan dan memang bertaubat oklah. jangan cakap je
BalasPadam