Cara nak setting komen blog versi mobile.

Julai 19, 2016
www.ceritaejoy.com

Cara nak setting komen blog versi mobile| Awal dulu, memang aku ada rasa pelik. Yelah, kenapa macam tak ada orang komen dekat blog ceritaejoy ye? Tapi, sekejap tadi, dapat mesej dari seorang rakan blogger, akak Julia Johari dari blog Akifimtiyaz. Katanya, blog aku tak boleh komen versi mobile. Bila aku bukak semula blog aku menggunakan handphone. Eh! Baru perasaan yang takda ruangan komen. Adoi! Terpaksalah betulkan dan tulis tutorial setting komen blog versi mobile.

Bila dah dapat tahu, ada sesuatu yang “kurang” di dalam blog ni. Harus lah aku cepat-cepat betulkan. Yang sebenarnya, masalah ni dah banyak berlaku. Jadinya, dah banyak tutorial yang blogger kongsikan. Cari saja keyword setting komen versi mobile, confirm banyak yang keluar. Hehehe. Tapi, dah nama pun tutorial, harus lah aku kongsikan. Betul tak?

Baiklah. Perkara pertama yang harus kalian lakukan adalah dengan login blog. Kalau tak login, macam mana nak buat kan? Hehehe. Kemudian klik pada template dan klik edit HTML.

Selepas itu, cari code </style> atau ]]></b:skin> : Macam aku tadi, mulanya aku cari code yang awal tu. Tapi bila aku periksa, banyaknya code </style> dalam template aku. Dah tak tahu mana satu code yang betul. Itulah masalah di dalam mana-mana tutorial. 

Kalau jenis yang banyak code ni, pengajar biasanya tak beritahu, harus paste pada code yang mana. Jadinya, samada kita berjaya ataupun kita akan terpinga-pinga tengok code yang banyak macam tu. Hahaha.

Baiklah. Selepas aku pening dengan code </style> yang banyak tu, aku terus cuba code ]]></b:skin> : . Ha! Code ni ada 1 je dalam template aku! Bila ada 1, aku yakin lah lokasi yang aku nak paste ni betul. Hehehe.

Selepas jumpa code tersebut, langkah seterusnya adalah, copy code di bawah ini dan paste kan pada bahagian ATAS.

Copy code ini : .blogger-iframe-colorize {display: block !important; }

Dan paste kan pada bahagian ATAS code ]]></b:skin> :

Selepas itu boleh lah save dan cuba semula buka blog kalian dalam versi mobile! Tara! Dah siap tutorial setting komen blog versi mobile. Mudah kan? So, kalau mudah, sila lah cuba ya! Terima kasih. 

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.