Langkah pencegahan jika merkuri pecah di rumah.

www.ceritaejoy.com

Langkah pencegahan jika merkuri pecah di rumah | Rasanya ramai yang dah tahu atau dah tengok gambar sepasukan khas di sebuah rumah seperti filem CSI tu. Khabarnya, ianya adalah kerana terdapat bahaya merkuri di rumah tersebut. Merkuri ni ada dalam thermometer. Mungkin thermometer tu pecah, dan merkuri tersebar. Pasti ada yang bertanya, Bahaya ke Merkuri ni Kepada Manusia? Aku kongsikan artikel yang di ambil daripada laman sosial bagi pengetahuan dan kepentingan kita bersama ya!

Bahaya Merkuri Pada Tubuh Manusia.


Sedikit fakta tentang merkuri nih.takut ada thermometer pecah dikenal juga dengan istilah merkuri unsur (mercury element) Elementa mercury,  merupakan bentuk logam dari merkuri. logam ini berwarna perak. Jenis merkuri ini digunakan pada alat-alat laboratorium seperti thermometer raksa, thermostat, sphygmometer, barometer dan lainnya.

Secara umum logam merkuri memiliki karakteristik sebagai berikut, Berwujud cair pada suhu kamar (250C) dengan titik beku (-390C). Merupakan logam yang paling mudah menguap. Memiliki tahanan listrik yang sangat rendah, sehingga digunakan sebagai penghantar listrik yang baik. Dapat membentuk alloy dengan logam lain (disebut juga dengan amalgam).

Sebagaimana diketahui, bahan merkuri adalah bahan yang berbahaya bagi persekitaran dan manusia. Merkuri adalah logam berat yang dapat menjadi pencetus beberapa penyakit berbahaya. Merkuri boleh masuk ke dalam tubuh dan tersimpan dalam darah.

Masuknya merkuri ke dalam tubuh, dapat melalui makanan atau minuman yang tercemar bahan merkuri. Merkuri metalik dapat masuk ke dalam tubuh manusia melalui saluran pernafasan. Thermometer merkuri yang pecah merupakan salah satu contohnya. Ketika thermometer pecah, sebahagian dari merkuri menguap ke udara.

Merkuri metalik tersebut dapat terhirup oleh manusia yang berada di dekatnya.Kalau pecahan thermometer merkuri tersebar ke bahan-bahan di dalam rumah, maka secara langsung dapat membahayakan penghuni rumah. Boleh juga thermometer pecah dan merkuri tumpah ke lantai.

Bila lantai dibersihkan dengan air, maka air bekas pencucian yang tercemar merkuri masuk ke dalam saluran drainase, maka merkuri akan mencemari lingkungan.

6 Langkah pencengahan jika mercuri pecah di rumah


1. Suruh anak banyak berkumur-kumur. Periksa mulut sekiranya ada luka

2. Buka tingkap, pintu, jika ada aircond kipas tutup semua. Biar udara beredar semulajadi. 

3. Jangan Vacuum tumpahan itu.(panas sedutan vacuum buat merkuri senang meruap!) Kalau ada glove guna glove. kutip merkuri tu perlahan sbb merkuri ni bila disentuh dia pecah-pecah.Lebih baik letak sulphur atas merkuri tu n kutip perlahan.

4. Letak dalam beg kertas/plastik. ikat atau balut semula. Buang atau tanam lebih selamat.

5. Bawalah anak itu ke hospital untuk pemeriksaan.

6. Pantau kesihatan anak dalam masa 2 minggu. Lihat sekiranya ada ciri-ciri mual, muntah, demam atau lemah -lemah tubuh badan terutamanya bahagian kaki.

Semoga dengan perkongsian Bahaya Merkuri Pada Tubuh Manusia di atas, memberi manfaat kepada semua. Bila dah baca ni, kenalah sentiasa berhati-hati di dalam mengawal penggunaan thermometer di rumah ya. Sentiasalah peka dengan bahayanya mercuri ini. Terima kasih sekali lagi.

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.