9 Petua Agar Mewah Rezeki Dan Cepat Kaya.
9 Petua Agar Mewah
Rezeki Dan Cepat Kaya| Biasa kita dengar atau mengalami nya sendiri, setiap
kali dapat gaji, wang tersebut pasti cepat habis. Atau mungkin, kita peroleh
wang imbuhan daripada syarikat, tetapi akhirnya, ianya juga habis macam tu je. Kenapa?
Ada yang cakap, ianya adalah ketirisan wang akibat daripada kegagalan kita
mengawalnya. Itu dari segi pemikiran manusia. Bagaimana pula halnya dalam agama
islam? Hari ini, ayuh, kita kongsikan beberapa cara atau 9 Amalan Mewah Rezeki Dan Cepat Kaya menurut islam.
Yang sebenarnya, dah banyak orang kongsikan mengenai amalan
ini. Dan ianya juga tersangat lah mudah! Cumanya, mungkin kita terlepas pandang
akan hal ini. Mungkin, selepas kalian baca 9 Amalan
Murah Rezeki Dan Cepat Kaya menurut islam ini, kalian boleh merubah
pemikiran kalian mungkin secara sedikit atau drastic! Perkara mudah, haruslah
memperlakukannya juga mudah. Betul tak?
9 Amalan Mewah Rezeki Dan Cepat Kaya menurut islam.
1) Aku kongsikan maklumat ini, yang aku perolehi daripada
facebook. Semoga ianya membantu kita agar rezeki yang diperolehi berkat dan
wang yang masuk ke dalam akaun kita, insyaAllah, berlipat kali ganda.
insyaAllah.
2) Perkara pertama yang paling mudah adalah dengan meletakkan
bekas makanan dan minuman di luar rumah atau bahagian kedai yang di sekitar nya banyak kucing liar. Besar pahalanya beri haiwan-haiwan ini makan. Dan
haiwan-haiwan ini juga akan mendoakan untuk mereka yang memberi mereka makan,
percayalah!
3) Ambil sedikit wang dari gaji bulanan anda dan hadiahkan ke
masjid-masjid atau sumbangkan kepada anak-anak yatim/orang miskin. Ianya samada
dalam bentuk wang atau makanan. Ada juga kelompok rakan-rakan kita yang
membantu golongan “homeless” dengan memberi kemudahan kepada mereka, ini juga
bagus!
4) Ini perkara paling mudah. Sentiasa pastikan ada wang kecil
di dalam dompet anda. Bertujuan untuk digunakan ketika perlu. Contohnya, di
kedai runcit, mungkin ada pelanggan yang kekurangan wang untuk beli barang. Apa salahnya
kita bantu. Itu termasuk dalam perkara memudahkan urusan orang. Kita bantu
orang, Allah pasti bantu kita. kan?
5) Seterusnya, dalam 9 Amalan
Mewah Rezeki Dan Cepat Kaya menurut islam adalah dengan membeli kitab
Al-quran, kipas atau sejadah atau sebagainya, dan letakkan di masjid. Bayangkan
jika ada yang membacanya dan merasa tenang setiap kali menggunakan barang itu,
pahalanya berganda untuk anda. Dan rezeki itu pasti datang dengan sendirinya.
6) Gembirakan orang lain! Ya! dengan cara menggembirakan orang
lain yang sedang di dalam kesusahan juga mampu membuka pintu rezeki yang luas
kepada anda. Janganlah pula kita menjauhkan diri daripada mereka pula. Mungkin hari
ini, hari mereka, esok lusa tak siapa tahu kan?
7) Jangan pernah menyimpan dendam di dalam hati. Ingat, hati
perlulah sentiasa bersih. Bila hati bersih, pemikiran kita pasti terbuka dengan
perkara yang baik-baik. Ingat, jangan pernah merasa tenang jika tidak pernah
memaafkan kesalahan orang lain.
8) Berbaktilah kepada ibubapa. Ini perkara yang tersangat
penting di dalam urusan Amalan Mewah
Rezeki Dan Cepat Kaya menurut islam. Ibubapa adalah tunggak rezeki anda.
Kalaupun mereka tergolong dalam golongan ibubapa yang kurang baik, mereka masih
bergelar ibu bapa kepada anak-anaknya. Jadi, jagalah mereka sebaik mungkin. Mereka
adalah harta yang tidak ternilai! Janganlah pernah kedekut untuk mengeluarkan
wang kita untuk mereka. Habuan Nya, pasti berganda!
9) Akhir sekali, jagalah solat mu dan hubungan dengan tuhanmu. Kepada
siapa lagi kita mahu meminta jika bukan dari yang Maha Esa? Jika semuanya
terjaga, rezeki yang datang pasti tidak henti-henti dan akan terus berganda. Sentiasalah
mengucapkan syukur ke atas segala nikmat yang diberikan oleh yang maha esa.
Terima kasih atas perkongsian. Memang boleh dipratiskan. Saya pun praktiskan tips nombor 2 dan nombor 8 sejak dulu lagi. Alhamdulillah.
BalasPadam