Susulan Kes tembak Mati di Setapak Sentral.
Susulan Kes tembak
Mati di Setapak Sentral | Video Kes
tembak di setapak kini tersebar di laman sosial facebook. Kalau kita tengok
pada video tu, terdapat 2 buah motosikal dengan 4 orang suspek tembak. Menakutkan!
Itu je yang aku boleh cakap. Kejadian berlaku pada waktu siang ketika ramai
orang di atas jalan raya. Kalau korang perhatikan, ada seorang lelaki di atas
lori pada bahagian depan kereta mangsa tu,hanya duduk diam dan memperhatikan apa
yang berlaku.
Ada sebuah page terkenal, dalam post semalam, mengatakan, kalau lah beliau berada di dalam kereta Myvi yang kebetulan berada di lokasi
kejadian, sudah pasti beliau melanggar motosikal suspek. Soalan aku, apakah
yang akan korang lakukan jika korang berada di lokasi kejadian? Adakah melanggar
kenderaan suspek tembak tu atau melihat sahaja? kerana risaukan ahli keluarga
korang?
Kalau di tanya pada aku, melihat kepada Video Kes tembak di setapak semalam, aku akan memilih untuk menjaga
keluarga aku. kenapa? Kerana, ada 2 buah motosikal. Kalau aku berjaya melanggar
sebuah motosikal, ini bermakna ada sebuah lagi motosikal dengan salah
seorangnya memiliki pistol. Atau mungkin kedua-duanya memiliki senjata? Tidak mustahil
kita juga bakal menjadi mangsa mereka.
Lihat sahaja lah pada keberanian mereka! waktu siang! Dengan keadaan
penuh orang! Bukan waktu malam. Tak mustahil kita juga boleh jadi mangsa mereka!
Semakin lama semakin menakutkan! Kalau tengok rekod, sejak kebelakangan ni,
banyak juga Kes Tembak Mati 2016 berlaku
dekat malaysia ni. Tertanya-tanya juga, berapa ramai orang yang punya senjata
api kat malaysia ni? Tak mustahil, kalau-kalau orang di sekeliling kita ni
pun ada senjata api. Mana tahu kan?
Amin...
BalasPadam