Selalu dipinggirkan.
Selalu dipinggirkan| Kerap juga aku ceritakan perihal diri
aku dalam blog ceritaejoy ini. Cerita mengenai diri aku yang selalu di
pinggirkan rakan sekeliling. Mungkin kerana aku lebih gemar membawa diri. Bukan
kerana aku tak suka campur orang, Cuma aku lebih memilih kawan. Aku kenal siapa
mereka yang berada di sekeliling aku.
Apa yang korang akan buat kalau korang dipinggirkan? Dipinggirkan
dalam kata yang mudah, kawan-kawan tak nak ajak kau lepak minum, nak pergi
mana-mana pun tak nak ajak, apa-apa sahaja lah aktiviti yang mereka buat dan
dalam kesemua aktiviti itu, adalah tanpa kehadiran diri kita. Orait, apa
perasaan korang kalau berhadapan dengan situasi macam ni?
Ramai yang cakap aku tak betul. Ha, sungguh aku cakap ni.
Ramai yang cakap aku tak betul sebab boleh je layan diri sendiri. Orang gelak
ramai-ramai kat 1 sudut, aku duduk depan computer. Mereka anggap aku tak betul
sebab tengok je computer ni. Itu yang mereka tahu, yang mereka tak tahu adalah,
aku juga sedang bergelak ketawa di hadapan computer aku. hahaha.
Asalkan internet ada, memang aku boleh gelak je depan
computer ni. Sungguh aku cakap ni. Macam-macam laman web ada boleh layan. Video,
gambar, cerita, blog rakan-rakan, semua mampu gembirakan hati aku. Tapi kalau
internet takda. Memang! Memang aku mati akal la dibuatnya. Adoi!
Kenapa aku menjauhkan diri?
Aku di ajar untuk tidak bersama dengan mereka yang mempunyai
2 sifat. Depan lain, belakang lain. Namun ada daripada kita, tidak kisah
bersama dengan mereka ini. Mungkin disebabkan mereka tidak mahu bersendirian di
dalam melakukan semua kerja harian.
Aku sendiri pun tak tahu kenapa diri aku macam ni. Susahnya
diri aku ni, bila mana aku dapat tahu ada yang tidak betul dengan orang
sekeliling aku, terus aku akan kurangkan masa bergaul dengan mereka. Aku
percaya dengan ayat seorang rakan. katanya:
“Musuh yang paling ditakuti adalah mereka yang berada di
sekeliling kita, mungkin setiap masa atau di mana sahaja. Oleh yang demikian,
jangan pernah menceritakan segala hal pada mereka. Kerana takut 1 hari nanti,
apabila mereka berubah hati, mereka akan gunakan segala ilmu yang mereka ada”.
Mungkin atas alasan itulah, aku lebih gemar membawa diri. Biarlah
orang nak kata apa, janjinya aku tahu siapa diri aku dan apa yang aku buat. Kita
mungkin berbeza pendapat, tetapi kita punya 1 kehidupan. Terpulanglah pada diri
masing-masing ya? oh ya! Sebelum aku habis cerita ni, sajalah nak kasitau,
kenapa aku suka bercerita perihal seperti ini dalam blog ceritaejoy?
Kerana ada dari mereka yang suka singgah dan baca apa yang
aku tulis di dalam blog ini. hehehe. Dah alang-alang diarang selalu datang
lawat blog aku, aku tulis lah cerita macam ni. hehehe. Kot la mereka baca dan
terasa. Ulps! Teruk tak aku?
Naz pun pernah dipinggirkan, .. pada satu ketika rasa sakit hati, but lama lama let go jer... rupanya tak mati kena pinggir, bahkan kita FREE
BalasPadamkan..biarlah tak ramai kawan asalkan yang ada tu berkualiti. jenis tak tikam belakang..
Padamerkk..ingat kan tadi tulis sebab diorang tak tahu pasal blog ejoy ni..
BalasPadamha..lain-lain..hehehe
PadamHahaha. Ada betul nya juga apa enjoy katakan. Tapi macam aRz layan ja semua kawan mahupun lawan... Ataupun kawan dalam lawan. Dan sentiasa doakan Mudah-mudahan diberi petunjuk dan hidayah menjadi kawan yang Sejati
BalasPadamha..bukan enjoy..ejoy..hahahaha
Padam