Sejarah nuzul quran.
Sejarah nuzul quran|Berbicara
mengenai perkara ini, Nuzul Quran Adalah 1 peristiwa turunnya ayat Al-quran
yang pertama kepada nabi Muhammad S.A.W hinggalah berterusan menjadi lengkap
seperti mana kitab al-quran yang ada pada kita sekarang ini. Peristiwa Nuzul
Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan
Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan
dengan tanggal 6 Ogos 610M.
Nuzul Al Quran Bermaksud penurunan Al-quran dari langit
kepada nabi Allah yang terakhir. Nuzul membawa makna turun atau berpindah, dari
atas ke bawah atau turun dari tempat yang tinggi. Al-quran merupakan mukjizat terbesar
nabi Muhammad S.A.W. Al-quran adalah 1 panduan lengkap kehidupan yang tiada
cacat celanya.
Ayat Pertama Dan Terakhir Yang Diturunkan.
Ayat al-quran yang pertama diturunkan Allah kepada Nabi
Muhammad S.A.W melalui perantaraannya Malaikat Jibril adalah 5 ayat pertama
daripada surah Al-alaq.
Bacalah dengan
(menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari
segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu Lah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar
(manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang
tidak diketahuinya.
(Surah Al-Alaq Ayat
1-5)
Peristiwa ini terjadi ketika Nabi Muhammad S.A.W sedang
menyendiri di gua hiraq. Manakala ayat terakhir yang diturunkan adalah
ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga ayat 281 surah Al-Baqarah.
“Hai orang-orang yang
beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum
dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan
(meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan
memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok
hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan.
Dan menyedekahkan (sebagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu
mengetahui. Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada
waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri
diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakan nya, sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya (dirugikan).”
Surah Al-Baqarah Ayat
278-281.
Cara Al Quran Diturunkan
Nabi Muhammad SAW mengalami bermacam-macam cara dan keadaan
semasa menerima wahyu. Antara cara-cara Al-Quran diwahyukan adalah:
Menerusi mimpi yang
benar.
Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hati nabi Muhammad s.a.w.
Di dalam hal ini, nabi s.a.w tidak melihat apa pun melainkan ia merasakan bahwa sesuatu sudah berada di dalam kalbu nya. Sebagai contoh:
Dan tidak ada bagi
seorang manusia pun bahwa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan
perantaraan wahyu atau di belakang tabir atau dengan mengutus seorang utusan
(malaikat) lalu diwahyukan kepadanya dengan seizin-Nya apa yang Dia kehendaki.
Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana.
Surah ASY SYURA ayat
51
Malaikat menampakkan
diri.
Malaikat menampakkan dirinya yang jelas menyerupai seorang
lelaki dan mengucapkan kata-kata kepada nabi Muhammad S.A.W sehingga beliau
mengetahui dan hafal setiap dari kata-kata itu.
Datang seperti
loceng.
Cara ini dikatakan cara yang paling berat. Ini adalah
kerana, kadang-kadang terdapat peluh pada kening nabi s.a.w walaupun pada
ketika wahyu diturunkan adalah musim dingin. Ada juga ketikanya, unta beliau
terpaksa berhenti rehat kerana merasakan terlalu berat beban yang dibawanya.
Jadi inilah beberapa sejarah ringkas mengenai Sejarah nuzul quran yang boleh aku
kongsikan. Terdapat beberapa negeri yang mengambil cuti peristiwa. Negeri Yang
Cuti Nuzul Quran adalah negeri Kelantan, kuala lumpur, Labuan, Pahang, perak,
perlis, pulau pinang, Putrajaya, Selangor dan Terengganu.
Jadi aku ingin mengucapkan selamat bercuti pada rakan-rakan
yang bercuti harini. Al-quran bukanlah menjadi simpanan dan hiasan di dalam
rumah semata-mata. Bacalah kerana ia akan menjadi pelindung kepada diri kita
dan keluarga kelak. insyaAllah. amin.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com