Cara halang kucing masuk rumah

Cara halang kucing masuk rumah|Ceritaejoy macam ni, kan aku ada cakap minat aku sekarang nak bela ayam hutan. Alhamdulillah, dah dapat seekor ayam hutan jalak. Walaupun bukan original ayam hutan *kerana dah lapis-lapis* tapi aku suka dengan apa yang aku perolehi. Bulu cantic, tak besar, jinak dalam liar dan bunyi ayam tersebut. Namun, aku berhadapan dengan 1 masalah baru, kucing!

Semalam, aku bawa balik ayam tersebut. Letak dalam sangkar dekat luar rumah. Ikut hati memang nak letak dalam rumah je supaya aku boleh tengok ayam hutan jalak tu bergerak-gerak dalam sangkar tu. Hehehe. Tapi apakan daya, dalam rumah ada 2 orang anak kecil yang demam dan batuk. Jadinya, tidur luar ya!

Aku tak bela kucing dan aku memang tak suka kucing masuk rumah aku. Kalau masuk saja takpa, ini siap tinggal hadiah lagi dekat laman rumah aku. Itu yang aku sakit hati tu. Semalam, yelah, mungkin “geng” kucing ni tak pernah nampak ayam hutan kut. Dan mungkin ayam hutan jalak ni tak pernah nampak kucing. Mungkin dia ingat kucing bandar ni sama macam ALC. Ataupun harimau akar. Mana tahu. Hehe.

Dah dia melompat dalam sangkar tu macam ada sesuatu yang sangat bahaya. Biasalah kan, naluri haiwan. Jika di dalam keadaan bahaya macam tu, memang dia akan buat apa sahaja untuk melepaskan diri. Selamatlah aku perasaan ayam aku ni tak tentu arah. Sebab aku kerap intai dari tingkap bilik. Erks!

Sebelum ni, aku pernah baca Cara halang kucing masuk rumah. Ada juga beberapa rakan yang kongsikan Petua Halang Kucing Berak Depan Rumah. Yang aku ingat *sebab dah buat lama dulu* adalah dengan meletakkan botol yang berisi air di halaman rumah. Dan ianya sememangnya berkesan! Kucing-kucing ini masih masuk dan meninggalkan hadiah untuk aku sekeluarga! Yeah!

Lepas tu ada yang beritahu, letak minyak diesel dekat tempat kucing berak. Ayaks! Habis hitamlah tanah dekat halaman rumah aku tu. Yang sebenarnya, aku nak cari cara untuk elakkan terus kucing dari masuk ke laman rumah aku. Kalau boleh, lalu pun taknak. Sebabnya, setiap kali ayam hutan jalak aku tu nampak kucing, setiap kali lah dia akan bertindak liar!

Dan apabila dia bertindak liar, setiap kali itu jugalah aku akan naik pening! Tension juga kalau asyik dengar dia langgar-langgar sangkar tu. Kalau dengar dia berkokok, seronok lah sikit kan? Hmm. Macam Mana ya nak halang kucing dari masuk rumah? Hmm.

Aku ada memikirkan beberapa cara. Pertama, kena tukar pagar rumah. Ataupun letak jaring dekat bahagian laluan kucing-kucing tersebut. Dengan cara itu, mereka akan menemui jalan buntu untuk masuk ke laman rumah aku.

Tapi, dah nama pun kucing kan, mereka mesti memikirkan cara lain untuk menyelinap masuk ke rumah aku. hish! Aku perlu lebih kreatif di dalam usaha menghalang mereka dari masuk! Hmm, agak-agak kalau aku letak signboard dilarang masuk kerana ada hidupan yang takut dengan mereka, agak-agaknya kucing-kucing ni faham tak? Ke aku yang tak faham bahasa? Hahahaha.

Tolonglah! Tolonglah kongsikan Cara halang kucing masuk rumah. Sebab kalau aku terus terusan berfikir, memang yang mencarut mengarut-garut je idea yang keluar nanti. Idea letakkan botol mineral dengan air tu memang tak jalan. Aku siap letak air 100plus lagi. Tak menjadi juga. Pasti ada cara lain untuk elak geng kucing dari mengganggu ketenteraman ayam hutan jalak aku. hmm.

6 ulasan:

  1. Emmmmmmmmmmmmmmmm bgtau tuan kucing tu jgn bgi kucing stg rumah sebab ada ayam dkt rumah haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah bagitau, tapi bukan tuan, tapi kat kucing. dah letak signboard. kucing di larang masuk kerana ayam menyangkakan kucing tersebut sebagai harimau. kalau nak masuk juga, sila berlakon jadi haiwan lain, burung ke. cenggitu. hahahaha

      Padam
  2. ayoyooo..lema j kalau kucen iyak dpn rumahh

    BalasPadam
  3. Mmm dulu pernah juga terfikir cara nak halang... Tapi bila bantu.. Arz beli ja makanan kucing kasi dia ajak rakan sedara mara dia datang sekali. Ajai nya bila dah setiap bulan mesti beli makanan kucing... Tak pula kucing nak datang.... Ngeee kena tak dengan tajuk entri ni hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapikan, kalau kita bagi makan, itu macam menggalakkan geng kucing untuk beraya di rumah secara berjemaah..ish!

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.