Cara mudah hilangkan batuk berkahak kanak-kanak!

Jun 23, 2016
www.ceritaejoy.com

Cara Mudah hilangkan batuk berkahak kanak-kanak|Di antara perkara yang paling sukar untuk aku di dalam menjaga anak-anak adalah, memaksa anak aku untuk membuang kahak. Ibu Bapa mana yang sanggup melihat anak mereka terbatuk-batuk walaupun di dalam keadaan lena tidur. Kita yang dah besar panjang ni pun tak selesa kan kalau batuk-batuk inikan pula anak kecil.

Zaman sekarang ni, aku kurang pasti lah, adakah Perubahan Cuaca Di Dunia, khususnya di malaysia menjadi penyebab kepada lemahnya pertahanan diri anak-anak kecil. Mudah sangat terkena demam, selsema dan pelbagai penyakit. Tengok je lah keadaan di malaysia sekarang ni, jika panas, panas betul, kemudian datang musim hujan yang memberi suhu yang sangat sejuk.

Orait! Berbalik semula pada permasalahan aku tadi. Anak sulung aku tak mahu keluar kan kahaknya. Sampai hilang suara menangis. Aku pun sampai hilang sabar di buatnya. Kita nak mereka sihat, bukan nak mereka terus terusan sakit. Batuk tu, kalau di biar lama, boleh datangkan penyakit lain. Itu yang aku tak mahu tu.

Cara Mudah Hilangkan Batuk Berkahak Kanak-kanak.


Kenapa aku mencari petua dan bukannya ubat-ubatan moden? Kerana ubat-ubatan moden ini sebenarnya memberikan kesan jangka panjang kepada tubuh manusia berbanding kaedah traditional. Dan aku sangat percaya padanya.

Teringat kisah anak kedua kami. Seminggu menangis tanpa ada sebab. Dah bawa pemeriksaan doctor di klinik, tetapi ubat yang di beri langsung tidak memberi kesan. Kemudian kami bawa jumpa doctor pakar. Selepas diperiksa, barulah dapat tahu, usus kecil di dalam perut anak kami telah termasuk ke dalam usus besar.

Doctor minta anak kami masuk ward. Aku tanya juga, apa yang mereka akan lakukan. Jawapan dia, kalau ubat tak beri kesan, kami akan bedah anak tuan. Jawapan tu yang buat aku fobia. Anak kecil, dah nak kena bedah? Sudahnya kami bawa anak kami berubat traditional. Dan alhamdulillah, selepas bawa berurut, semuanya kembali normal. Alhamdulilah.

Dan atas pengalaman itulah, aku mencari Cara Mudah Hilangkan Batuk Berkahak Kanak-kanak. Banyak sebenarnya perkongsian yang dikongsikan rakan-rakan blogger malaysia dan Indonesia. Dan ada darinya aku dah cuba, namun mungkin beberapa faktor di antaranya cara yang salah, menyebabkan ianya tidak berkesan.

Campuran lemon dan madu.

Ini adalah di antara petua yang paling banyak dikongsikan. Caranya juga pada aku mudah. Perahkan jus lemon dan masukkan ke dalam air suam beserta lemon. Kemudian beri minum pada anak. Ianya berfungsi untuk melegakan tekak dan mampu meransang rembesen air liur kanak-kanak untuk melegakan batuk.

Kunyit.

Ini aku selalu buat pada anak sulung aku sewaktu beliau kena selsema. Caranya pun mudah. Gesek kan kunyit pada apa-apa bahagian *kalau aku, aku guna belakang batu lesung* kemudian ambil dan sapukan pada batang hidung anak. insha Allah, menjadi. Tapi nanti, kena basuh betul-betullah tempat tu, kalau tak, kuning je nanti.

Bawang putih dan wap air.

Kaedah ini aku belum pernah cuba. Namun banyak juga di kongsikan. Masukkan bawang putih *ada juga yang bakar dulu bawang tu* ke dalam air panas. Kemudian letakkan anak kita di dalam keadaan tertiarap di atas peha kita *dengan tujuan wap air tadi boleh kena keseluruhan muka anak* dan kemudian tepuk belakang anak secara perlahan-lahan. Aku belum pernah cuba cara ni, tapi ramai juga yang cakap ianya menjadi.

Gunakan Minyak Herba Asma Mujarab!

Ini adalah cara yang paling mudah! Boleh kata petua juga sebab ramuan yang digunakan untuk menghasilkan minyak ini semuanya daripada ramuan herba yang terpilih. Caranya juga sangat mudah! Hanya sapukan pada bahagian tubuh anak-anak kita. InsyaAllah. Sapu-sapu sembuh batuk berkahak kanak-kanak kita tu. Kalau berminat, klik sahaja pada Minyak Herba Asma Mujarab!

Yang sebenarnya, banyak lagi Cara Mudah Hilangkan Batuk Berkahak Kanak-kanak ni, namun aku kongsikan 4 cara sahaja kerana pada aku ianya mudah untuk dilakukan. insyaAllah. Semoga dengan usaha ini, kahak di dalam tekak anak aku tu keluarlah. Dan semoga dia cepat sihat dari batuk-batuk. Amin.

3 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.