Rindunya pada kad raya
Rindunya pada kad raya| Bezakan Raya Dulu Dan Sekarang? Kalau
dulu, kita akan sentiasa tertunggu-tunggu posmen datang rumah. Bila dah dapat
kad raya je, kita akan sibuk pulak cari kad raya sebagai balasan kepada orang
yang hantar kad raya tu. Kalau dapat banyak kad raya, boleh buat hiasan dekat
rumah. Tak macam sekarang, orang bagi ucapan melalui laman sosial dan mesej. Takkan
kita nak jadikan handphone kita sebagai hiasan kan? Hehehe.
Memang berbeza betul raya dulu dan sekarang. Dulu, kalau
ibubapa bawa anak-anak beraya ke rumah saudara. Anak-anak mesti buat-buat fokus
kalau orang-orang tua berbual. Kalau sekarang ni, mungkin kalau ada yang
bertanya, ada anak-anak yang tidak fokus. Sebab apa? Sebab mereka sedang sibuk
update post kat laman sosial.
Itu belum kira mereka yang beraya di mall. Biasalah, hari
raya ni, mesti ada banyak movie baru yang keluar. Itu semua penyebab kenapa
ramai orang tidak menziarahi saudara mara. Bila berlagu bahu pun tak kenal
saudara sendiri. Semuanya sebab apa? Sebab benda-benda macam ni la.
Dulu, aku memang suka tunggu kad raya. Walaupun sendu je,
tapi amat bermakna kalau kad raya itu datang dari seseorang. Biasalah budak
sekolah kan? Ramai sangat admire! Cenggitu! Hahaha. Tapi betul tau, kalau nak
di ikutkan kami adik beradik, akulah yang paling sikit dapat kad raya. Hmm. Kalau
dan buat hiasan dekat rumah pun segan. Hahaha.
Kenangan raya dulu dan sekarang pada aku tak jauh beza. Kerana
aku tergolong dalam mereka yang tak suka berjalan. Waktu raya aku duk rumah je.
Makan sambil tengok rancangan tv. Kalau ayah dan arwah ibu aku ajak berjalan,
aku tengok rumah. Kalau rumah saudara mara “membosankan”, memang aku tak ikut
la. Hehehe.
Sekarang, aku dah pun berkeluarga. Punya isteri dan 2 orang
anak. Aku tak pasti lah samada anak-anak aku ni akan ikut aku ke tak. Kalaulah mereka
ikut aku, nampak gayanya, wife aku jalan raya sorang-sorang jelah. Hahaha. Tapi
kalau aku nak terapkan pada anak-anak aku, bagaimana kehidupan raya dulu-dulu,
rasanya masih belum terlambat.
Baiklah, apa yang ingin aku terapkan pada mereka supaya raya
mereka tak macam raya kanak-kanak sekarang?
- Perkara pertama adalah, mengajar mereka agar tidak terlalu fokus pada gadget. Kalau dari awal kita ajar mereka, dah tentu nilai itu akan dapat diterapkan ke dalam hati dan perbuatan mereka. Tapi kalau mak ayah pun sibuk main handphone waktu raya, memang tak jadi apa la kan? Hehe.
- Keduanya adalah, “duit raya” adalah hadiah dari tuan rumah. Jangan terlalu meminta-minta. Dan jangan sesekali cakap tuan rumah kedekut! Benda ni jadi depan mata aku. Aku kenal dengan 1 keluarga ni. hidup mereka tidak semewah mana. Tetapi, duit raya ni dah macam benda penting dalam perayaan kita orang melayu. Mesti nak kena bagi. Dan dia pun nak juga merasa beri. Orang susah, mampu beri syiling sahaja.
- Bila di beri pada budak-budak ni, semuanya cakap, kedekut nya pakcik ni! Terbayang juga aku, kalau lah anak aku yang bercakap macam ni, tak tahulah apa perasaan aku ketika itu. malu? Marah? Semua ada. Oleh yang demikian, ajarlah anak-anak kita, duit raya itu adalah hadiah dari tuan rumah. Dan bukannya suatu yang “perlu”.
- Ketiganya, inilah, kad raya. Kadang, bila kita ajar anak-anak macam ni, mereka akan cakap kita ketinggalan zaman. Dan aku lebih suka cakap pada anak-anak *kalau mereka dah pandai jawab macam tu la*. Zaman dulu lebih seronok dari zaman sekarang. Ha. Aku akan beritahu mereka setiap perkara. Dan Beza Raya Dulu Dan Sekarang. Supaya mereka benar-benar faham.
- Keempat. Ajarkan pada anak-anak, betapa pentingnya hubungan persaudaraan. Tapi kalau kita sendiri tunjukan pada anak-anak, perilaku yang tidak baik, seperti menjauhkan diri dari saudara mara, maka tak hairanlah kenapa anak-anak pun akan ikut perkara yang sama.
Yang sebenarnya banyak lagi yang boleh kita buat di dalam
mengajar anak-anak kita. Ianya terpulang kepada diri masing-masing. Cumanya,
janganlah dibiarkan sahaja mereka tanpa ada teguran. Jika baik, pujilah mereka,
dan jika sebaliknya, tegur-tegurkan la mereka. sentiasa ingat, anak-anak membawa
imej keluarga mereka. Akhir kata dari aku, ada tak sesapa nak beri aku kad
raya? Bolehlah aku beri alamat rumah. Hehehe.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com