Ramadhan 2016 semakin menghampiri ke penghujungnya.
Ramadhan 2016 semakin menghampiri ke penghujungnya|InshaAllah, tinggal 5 hari sahaja lagi kita akan berjumpa dengan syawal. Sememangnya, Ramadhan 2016 kali ini memberi seribu makna pada aku. Banyak perkara samada yang baik dan buruk berlaku dalam bulan mulia ini. Walaubagaimanapun, masih ada beberapa hari lagi untuk kita terus berbuat kebaikan dan berharap pahala nya digandakan oleh Allah S.WT.
Bagi sesetengah orang, pasti merasa sangat sedih. Ini adalah
kerana, mereka takut jika tidak dapat berjumpa dengan Ramadhan yang akan
datang. Namun, ada pula yang suka Ramadhan yang akan berakhir tak lama lagi. Katanya,
mereka tak perlu berpuasa lagi. Mengenai hal itu, tak mahulah aku ceritakan
dalam blog ceritaejoy.
Alhamdulilah sekali lagi kepada Allah, kerana rezeki aku dalam
bulan Ramadhan 2016 untuk dapatkan full account adsense. alhamdulilah. Dan nampaknya
earning semakin meningkat! Memang berbeza waktu guna account hosted dulu. Inilah
permulaan pada aku untuk Buat Duit
Dengan Adsense. insyaAllah.
Dalam beberapa hari ini juga, ramai blogger malaysia yang bercerita di dalam blog mereka perihal
persiapan raya, kuih muih dan segala kelengkapan lain. Seronok dan meriah
sungguh dunia blog dalam beberapa hari ini. Tak lupa juga pada rakan-rakan blogger Indonesia, blogger singapura dan blogger
brunei.
Aduh! Ayat aku ni dah macam nak menyambut hari raya kan? Hehe.
Maaf-maaf. Yang sebenarnya mood Ramadhan 2016 itu masih ada. Cuma hati ni
terasa riang sedikit. Sebabnya adalah, hari ini merupakan hari terakhir bekerja
dan kemudian cuti panjang! Wah! Tak sabar nak menempuh jalan raya yang penuh
sesak! Hehe.
Disinilah seronoknya anak perantauan. Bila cuti panjang,
pulang beraya ke kampung halaman. Dengar pula lagu raya! Aduh! Syahdunya! Cumanya,
nasihat aku pada diri dan rakan-rakan lain, memandu lah secara berhemah dan jangan
tergesa-gesa. Ikut aturan yang betul. Kalau penat, usahakan untuk cari tempat
rehat *kerana semua sedia maklum, musim cuti RnR memang penuh*.
Namun, jangan lah dilupa, benar Ramadhan 2016 semakin menghampiri ke penghujungnya, tetapi ianya
masih belum habis lagi. Masih ada berbaki 5 hari lagi. Masih sempat untuk kita
terus-terusan berbuat kebaikan dan pahala. Dan semoga kita berjumpa dengan
malam lailatul qadar. Ini adalah kerana, tiada siapa yang tahu, bila tarikh
sebenar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan itu.
Tahun ini, adalah tahun pertama Ramadhan dan raya tanpa ibu
tercinta. Alangkah indahnya jika kalian dapat sedekahkan pahala Al-fatihah
kepada arwah ibuku, zainab bte saad. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan
orang yang dikasihi Allah. Tahun ini kami adik beradik kena ambil alih jaga
Ayah kami dari arwah ibu kami. Nak kena cari baju raya dan persiapan raya untuk
beliau.
Teringat waktu kecil-kecil dulu kan. Mak ayah kita sibuk
sediakan baju raya untuk kita. Waktu tu, tak boleh pilih warna, kami adik
beradik pakai je apa yang ada. Kami faham sangat waktu tu, mak ayah mesti pilih
yang paling murah. Janji kami adik beradik dapat beraya dengan baju baru. Waktu
tu memang seronok, sebab bukan baju yang menjadi keutamaan. Keseronokan yang
beraya itulah yang penting. Hehe.
Yang sebenarnya, bila di ingat-ingat balik, memang lah ramai
yang cakap, raya dulu lebih seronok berbanding sekarang. Sebabnya kita dah
besar dan dah ada anak-anak *bagi yang punya anak-anak ya*. Zaman ini adalah
zaman mereka. Cumanya mereka mungkin tak alami suasana raya seperti kita
dahulu. Biasalah, keadaan pasti berubah dan kenangan itu pasti berbeza.
Baiklah. Dalam kesempatan ini, aku ingin mengajak semua agar
menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan. Anggaplah ini adalah tahun terakhir
kita berada di bulan yang penuh mulia ini. Ramadhan
2016 semakin menghampiri ke penghujungnya tidak akan bermakna jika kita
hanya membiarkan ianya pergi. Sesungguhnya terdapat hari di mana ianya adalah
lebih baik daripada seribu bulan. Amin.
salam ramadhan bro...dan semoga kita dpt menggunakan ramadhan tahun ni dgn sebaik mungkin
BalasPadamthanks bro..:)
Padam