Kemalangan pada musim perayaan meningkat saban tahun?
Kemalangan pada musim
perayaan meningkat saban tahun?|Bila sampai satu-satu musim perayaan,
perkara yang paling menyeronokkan adalah cuti panjang. Di kesempatan inilah,
ramai anak perantauan akan pulang kampung. Dan ini sekaligus mendatangkan kesesakan super teruk di lebuh raya. Berita Kemalangan Di LebuhRaya adalah di antara 1 berita “wajib” bila
menjelang cuti perayaan yang panjang.
Namun, belum pun sampai musim cuti, kita sudah pun terhidang
dengan beberapa berita Kemalangan Di
LebuhRaya ini. Bila tengok balik, memang sedih. Yelah, dalam bulan Ramadhan 2016 yang mulia ini, ramai
yang telah di jemput ilahi di dalam keadaan sedemikian. Ajal maut di tangan
tuhan. Kita semua akan melalui nya, Cuma yang membezakan diantara kita adalah
cara kita bertemu dengan yang maha esa.
InsyaAllah. Tahun ini aku akan pulang beraya di utara tanah air. Rasanya dah 6 bulan tak pulang ke kampung selepas pulang pada disember
lepas atas urusan kematian ibu ku yang tercinta. Besar harapan nya, jika kalian
dapat sedekahkan pahala Al-fatihah dan doa kepada arwah Zainab bte Saad. Semoga
rohnya ditempatkan di kalangan orang yang dikasihi oleh Allah. Amin.
Baiklah. Kita berbalik semula pada kisah Kemalangan Di LebuhRaya, yang dikatakan
meningkat saban tahun. Jumlah produksi kenderaan sememangnya semakin meningkat
setiap tahun. Ini membuatkan jumlah pertambahan kenderaan di atas jalan raya. Bila
kenderaan terlalu banyak dan di tambah lagi dengan cara pemanduan yang salah,
kemalangan pasti terjadi!
Lagi 1, bila terlalu lama memandu, badan pasti terasa letih.
Tertidur sekejap ketika memandu adalah perkara biasa! Sebabnya biasa terjadi
pada aku. Jarak perjalanan yang jauh ditambah lagi jumlah kenderaan yang
terlalu banyak, memang meletihkan! Belum kira pemandu yang tergesa-gesa lagi.
Bila semua ini di campur, kesabaran manusia pasti tergugat. Bila
tiada kesabaran, kemalangan itu pasti terjadi. Ada yang menasihatkan, jika
letih, boleh berhenti rehat di kawasan Rnr. Tetapi, pada musim perayaan ni, RnR
semuanya penuh. Sebab itulah, kita boleh lihat ramai yang berhenti rehat di
sisir lebuhraya.
Memanglah, tiada siapa pun yang ingin terlibat di dalam Kemalangan Di LebuhRaya. Semua pun
ingin selamat pergi dan balik. Tetapi kalau dah ditetapkan, kita memandu cermat
macam mana pun, kalau ada pemandu lain yang tidak berhati-hati, kemalangan
pasti terjadi. Semua pun perlu memainkan peranan penting di dalam menjaga
keselamatan diri dan keluarga.
Jika semua ada tanggungjawab dan kesedaran di dalam menjaga
pemanduan yang baik, sudah pasti Kemalangan
Di LebuhRaya dapat dikurangkan. Tidak mustahil juga untuk aku cakap, tidak akan
ada lagi kemalangan jika semua berdisiplin ketika di lebuh raya. Semoga percutian
kalian semua menjadi percutian yang menyeronokkan dan dijauhkan dari segala
perkara yang tidak di ingini. Amin.
rakus sangat di jalan raya sekarang ni..
BalasPadam