Pedophilia menyerang malaysia!
Pedophilia menyerang
malaysia! Viral kisah seorang lelaki yang menganggu seorang kanak-kanak
lelaki melalui aplikasi Messenger Facebook. Sengaja aku tak mahu kongsikan “screen
shoot” tersebut di blog ceritaejoy kerana aku geli! Lelaki? Sama lelaki? Kemudian
budak-budak? Aduh! Dah kenapa? Yang sebenarnya, isu ni dah lama ada kat malaysia ni. Cuma nya menjadi hangat diperkatakan selepas penangkapan seorang
pesalah Pedophilia malaysia di London.
Baiklah, kenapa aku cakap benda ni dah lama. Sebabnya korang
tengok balik kes-kes lama. Kes yang rogol kanak-kanak sampai mati tu. Semua nya sebab
penyakit inilah. Ya! Ini adalah penyakit! Penyakit nafsu apabila melihat
kanak-kanak kecil. Tak ke menakutkan bunyinya tu?
Apa itu Pedophilia?
- Pedophilia ialah sejenis gangguan psikologi di mana individu dewasa atau atau remaja yang lebih tua tertarik secara seksual atau eksklusif kepada kanak-kanak yang belum baligh (prepubescent).
- Sesetengah orang mempunyai perasaan pedofilia tetapi tidak melakukan seks atau mendera kanak-kanak secara seksual.
- Pedofilia dipanggil gangguan pedofilia dalam Manual Diagnostik dan Statistik Masalah Mental (DSM-5), dan manual mentakrifkan nya sebagai paraphilia yang melibatkan nafsu seksual yang kuat dan berulang ke arah dan fantasi mengenai anak-anak prepubescent yang telah sama ada telah diambil tindakan atau yang menyebabkan orang dengan kesusahan tarikan atau kesukaran interpersonal.
- Para penyelidik mengesyorkan bahawa kegunaan tidak tepat dielakkan kerana walaupun orang-orang yang melakukan penderaan seksual kanak-kanak kadang-kadang mempamerkan gangguan, pesalah seksual kanak-kanak tetapi tidak pedophiles kecuali mereka mempunyai kepentingan seksual rendah atau eksklusif pada kanak-kanak prepubescent, dan kesusasteraan menunjukkan kewujudan pedophiles yang tidak menyakiti kanak-kanak.
Sumber :Wikipedia
Itu bahasa kamus yang aku ambil. Dalam bahasa pasarnya,
mereka yang punya nafsu pada kanak-kanak ni di panggil Pedophilia. Biasanya mereka yang berpenyakit ini lebih cenderung
bernafsu pada kanak-kanak dalam lingkungan umur 13 tahun. Namun ada juga kes
yang melibatkan kanak-kanak yang berumur lebih rendah daripada ini. Inilah yang
menjadi kerisauan kepada banyak ibu bapa di malaysia.
Pedophilia juga
boleh dianggap sebagai 1 ancaman keselamatan! Ini adalah kerana, ada kes
pesakit ini yang cenderung untuk membunuh mangsanya! Aku tak mahu cerita apa
perasaan mereka yang melakukannya, aku Cuma nak kita sama-sama fikir, apa
perasaan ahli keluarga mangsa? Apabila anak mereka menjadi mangsa.
Oleh hal yang demikian lah, kita sebagai ibubapa kena selalu
pantau aktiviti anak-anak. Biarlah mereka nak kata apa, nak cakap ibu bapa mereka kolot lah! Tak sporting lah, macam-macam. Itu yang mereka tahu. Yang
anak-anak tak tahu, ha, inilah, kalau nasi dah jadi bubur, apa pun dah tak guna
lagi. Mencegah lah lebih awal! Sebelum menyesal tak sudah.
Yang sebenarnya, agak susah juga nak kenal pasti mereka yang
berpenyakit Pedophilia ni. Sebabnya
mereka ni nampak “normal”. Sama macam orang biasa. Tapi berpenyakit nafsu! Nafsu
songsang! Aku sebenarnya kurang faham, apa yang mereka lihat pada budak-budak
ni. Part mana yang menaikkan nafsu mereka. Itu aku kurang faham dan aku tak nak
faham.
Jangan ada yang tak tahu ya. Wujudnya 1 group Pedophilia kat malaysia ni. Ahlinya
boleh tahan ramainya. Dalam group tu, semua gambar budak-budak. Yang aku pasti,
mereka ambil dari laman sosial. Disinilah sebabnya, kenapa kita dilarang upload
gambar anak-anak kita lebih-lebih lagi yang berpakaian agak seksi.
Yelah, kadang-kadang ibubapa ni excited dengan aktiviti
anak-anak mereka. Dibawanya anak-anak mereka untuk belajar berenang. Kemudian
ambil gambar siap dengan baju renang, lepas tu upload dalam laman sosial. Persalah
Pedophilia sememangnya suka dengan
gambar-gambar macam ni. Di ambil nya gambar ni dan di masukkan ke dalam group.
Kita nak halang mereka yang berpenyakit ni pun tak boleh. Apa
yang boleh kita buat adalah, memantau semua aktiviti, nampak dekat situ? Semua aktiviti
anak-anak kita. Biarlah apa mereka nak cakap. Biarlah! Jangan esok, dah jadi
apa-apa baru kita menyesal tak sudah. Pedophilia
memang takkan pernah habis! Jangan nanti, mereka ini ada dekat-dekat
dengan kita, sudah. Sama-samalah kita beringat yer.
Macam2 hal orang zaman sekarang nie.. semoga dijauhkan la dengan orang2 macam nie..
BalasPadam