Rejectkan untuk kedua kalinya.

www.ceritaejoy.com

Rejectkan untuk kedua kalinya!|Apabila aku memilih untuk apply semula akaun adsense, aku dah set minda aku ni untuk kerap kali di tolak. Nak Buat Duit Dengan Adsense ni bukan senang. Waktu nak apply akaun hosted dulu pun, blog ceritaejoy kena reject sampai 8 kali! Ini, aku dalam usaha nak apply akaun non hosted adsense pula.

Cara Buat Akaun Adsense.


Nak buat akaun adsense ni, pada aku tak susah mana pun. Yang susah nya adalah, nak “dapatkan” kelulusan. Itu yang susah pada aku. Aku ingat lagi, waktu mula-mula dapat email, yang menyatakan permohonan aku untuk dapatkan akaun adsense diluluskan. Menjerit aku dalam office ni ha. Seronok kot! Hahaha.

Jadinya, bila aku kena reject kali kedua, dalam usaha aku untuk dapatkan akaun non hosted, aku dah tak kisah. Patutlah orang cakap, bila kita dah ada pengalaman, kita tak akan mudah jatuh buat kali kedua nya. Hehe. Serius tau. Bila aku banyak kali kena reject dulu, aku memang dah malas nak apply lagi akaun adsense ni.

Kenapa beriya sangat nak dapatkan akaun adsense?

Ini soalan wajib pada aku. Soalan yang ramai orang suka tanya. Kenapa mesti adsense? Dah tahu susah, kenapa masih usaha lagi nak dapatkan? Aku suka dengan soalan macam ni. Kena fikir 1 je. Kenapa walaupun ianya susah, tapi masih ramai yang berusaha untuk dapatkan akaun adsense?

Jawapannya adalah, inilah salah satu Teknik Buat Duit Online yang paling hebat *pada aku* hahaha. Dah ramai yang berjaya buat duit dengan adsense ni. Dan jumlah income mereka bukan sikit-sikit tau! Bayangkan kita di bayar dengan nilai USD. Kalau tukar kepada matawang malaysia, tak ke besar nilainya? Kan? Hehe.

Dan atas alasan itulah, kenapa ramai orang *dari kalangan blogger* Nak Buat Duit Dengan Adsense ni. Termasuklah aku. Mana tahu, 1 hari nanti, aku berjaya join top-top blogger malaysia jadi house husband. Kan? Hahahahaha. Impian kena ada akak-akak, abang-abang semua. Betul tak?

Buat Duit Usd Online.


Yang sebenarnya, aku ada juga buat duit usd online ni *selain dari usaha nak buat duit dengan adsense la*. Dan setakat ini, alhamdulillah, walaupun earningnya semput-semput, merasa la juga aku dengan duit usd ni. kan? Kata orang, biar sedikit tapi ada hasil, dari langsung tiada. Mana tahu sekarang sikit, lepas ni berbukit. Kan? Hehehe.

Yang sebenarnya, aku dah tahu dah kenapa permohonan akaun adsense non hosted aku di tolak. Daripada perkongsian tips-tips untuk lulus adsense, rasanya semua aku dah buat dan masukkan ke dalam blog ceritaejoy.

Cumanya, Cuma 1 je yang aku tak buat. Ahha! Ni aku nak kongsikan. Ala, waktu korang diberi tahu, akan ada team adsense yang akan review blog korang, waktu tu mereka ada beritahu. Kalau korang perasan la. Orait, ini tips paling penting untuk lulus permohonan adsense.

Tips lulus permohonan adsense.


Sebelum tu nak gelak dulu. Hahahaha. Biasanya yang beri tips ni, mereka yang dah berjaya Buat Duit Dengan Adsense. Tapi aku, akaun adsense pun tak lulus lagi, ada hati nak bagi tips dekat orang. Hehehe. Tapi takpe lah. Kalau-kalau ada yang tak tahu, kita kongsi-kongsilah sesama ya.

Baiklah. Dalam pada team adsense tu sedang review blog kita. Kita perlulah update blog kita, paling minimum, 2 entry 1 hari. Kalau lebih lagi bagus. Dan jumlah keseluruhan patah perkataan adalah lebih daripada 300 patah perkataan. Kalau lebih, lagi bagus. Macam aku sedang buat sekarang. Jumlah patah perkataan ketika ini adalah 546 patah perkataan. Hehehe.

Dan! Yang paling penting adalah, mesti update blog kita setiap hari. Jangan miss! Macam aku, blogger separuh masa. Update blog Cuma hari bekerja sahaja. Sabtu ahad cuti. Itu yang tak lulus tu. Hahahaha. Dan yang lebih penting daripada paling penting tadi tu adalah, entry yang penuh keyword! Itu yang penting.


Bila semua ini ada, insha Allah, mudah lulus permohonan akaun adsense kita tu. Dan boleh terus Buat Duit Usd Online dengan adsense. hehehe. Oklah. Harini, aku nak request lagi akaun non hosted adsense tu. Dan insyaAllah, aku akan cuba setkan auto post entry pada hujung minggu. Kalau kena reject juga untuk kali ketiga, kita request lagi sampai lulus! Hehe. Tapi harap-harap lulus la kali ni ya. Aminnn.

10 ulasan:

  1. Goodluck yee.. memang susah sikit nak apply adsense ni.. alhamdulillah, umie try sekali terus dapat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah..hebatnya! itulah, waktu hosted dulu, kena reject banyak kali. ni non hosted, tak tau kena reject berapa kali pulak. ish..

      Padam
  2. PC dah 4 kali kena rejected...hehe....agaknya lupa bawa tepak sireh masa meminang Google Adsense ni...tapi tak apa...in sya Allah cuba lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahhh..takpe-takpe..kita kena cuba apply lagi..mana tahu ada rezeki kan? hehe

      Padam
  3. 2 entry sehari ? memang idok lerr. hahaha nak dapat 1 entry 2 3 hari pun susah :P papepun goodluck nahh !

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..bila baca tips mereka yang lulus adsense tu, semua pun cakap macam tu..paling kurang 2 entry 1 hari..hehehe

      Padam
  4. Dulu saya satu entri sehari je..kalau ada idea lebih schedule next day..esoknye boleh cuti..tu jela saya buat selama 3 bulan berturut2..apply adsense..Alhamdullillah Lulus non hosted..tapi saya terbalik pulak..dapat non hosted dulu..pastu baru kemudian hosted dapat (tp x apply pape pun)..
    Oh ye..ni bukan kali pertama saya apply..rsenye kali ke 6 kot baru Lulus (sebelum maraton 3 bulan tu dah apply 5 kali)

    Sekadar perkongsian :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh..boleh ya 1 entry 1 hari? buat selama 3 bulan? wahh..lamanya...kena reject yang tak tahan tu kan? hehehe

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.