Sakit lutut punca sakit pinggang?

Jun 13, 2016
www.ceritaejoy.com

Sakit lutut punca sakit pinggang?|Kalau ada yang membaca entry aku yang bertajuk dah seminggu lebih sakit pinggang, mesti tahu cerita yang aku menanggung sakit pinggang dalam tempoh yang agak lama dari biasa. Akibat daripada permasalahan tu, aku pun pergilah mengurut dengan seorang pakar urut di padang jambu Melaka.

Sakitnya pinggang aku tu, nak berdiri sakit, duduk sakit, bawa motor, motor terhentak sakit. Dah duduk, nak bangun punyalah seksa. Itu belum cerita anak-anak aku yang nak ber dukung je sepanjang masa. Sakit woi! Berair biji mata aku.

Lama jugalah aku tahan. Daripada perkongsian ramai rakan-rakan blogger *dan aku sangat berterima kasih pada mereka* ramai yang mengesyorkan macam-macam minyak dan ubat. insyaAllah, jika sakit aku berterusan, aku akan cari semua minyak-minyak dan ubat-ubat itu ya!

Berbalik semula kepada punca sakit pinggang aku ni. aku pergi mengurut hari minggu lepas. Awal mengurut tu, rasa lah sedikit kurang. Biasalah mengurut ni, kena ulang 3 kali. Tapi aku berhadapan dengan masalah pula lepas mengurut.

Masalah aku adalah, aku bawa keluarga cari barang-barang nak raya. Dan anak aku tak nak duduk dalam stroller! Arghh! Tension Nya. Dia dah terang-terang tak tahu aku sakit pinggang. Yang dia tahu, dia nak dukung je. Anak kan! Sakit-sakit pun, aku kena dukung juga. jadinya, terpaksalah aku dukung dan akibat dari itu, pinggang aku kembali sakit. Adoi! Pergi mengurut lagi.

Ahha! lupa nak kasi tau. Result daripada proses mengurut aku tu, orang mengurut tu cakap, aku sebenarnya bukan sakit pinggang, tapi sakit lutut. Hmm, sakit lutut? Kenapa sakit lutut tapi efek dia ke pinggang? Itu aku kurang jelas. Kenapa ya?

Katanya, lutut aku lemah. Tak kuat. Katanya lagi aku kurang minum susu. Hmm, memang betul pun. Aku pun tak ingat bila last aku minum susu. Minum teh tarik aku ingat la. Ada juga susunya dalam teh tu kan? Boleh cam gitu? Hahahaha.

Lepas dari tu, aku terus beli susu kambing. Minum! Hamboi! Piau juga tekak aku nak menelannya. Rasanya, badan aku punya BMI tak betul ni. Nak kena betulkan balik BMI tu, supaya bebanan badan tak banyak dekat lutut aku ni. Kalau lutut dah mula sakit, lagi lah apa pun tak boleh buat nanti. Hmm.

Ha, lupa nak kasi tau, lepas mengurut tu, alhamdulilah, rasa kurang sikit. Macam sekarang ni, nak bangun, still ada sakit, tapi tak sama macam sebelum ni. alhamdulilah. Tapi sakit tu akan lebih sedikit kalau aku duduk dekat kerusi kerja aku ni.

Ke punca aku sakit pinggang sebab kerusi aku ni jenis kerusi yang mendorong kepada penyakit sakit pinggang? Kan?

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.