Alhamdulilah. Syukur dapat bantuan khas aidilfitri 2016
Alhamdulilah. Syukur dapat bantuan khas aidilfitri 2016|Aku bukanlah penjawat awam. Tetapi mendengar berita ini, aku pasti ada penjawat awam yang merasa syukur. Benar, walaupun nilainya tidak sebesar mana, tapi bolehlah daripada takda kan? RM500 tu kalau kena dengan jimatnya, boleh dapat macam-macam tau.
Bila tengok berita, penjawat awam akan terima bantuan khas
sempena aidilfitri ni, aku terus tengok diri aku. Kenapa? Kerana june adalah
bulan di mana, pekerja di syarikat tempat aku bekerja sekarang memperolehi
bonus. Dan bukan niat untuk membangga diri, rata-rata pekerja di sini,
memperolehi bonus melebihi RM5000.
Jika mahu dibandingkan dengan bantuan khas yang diterima
penjawat awam itu, “kami” seharusnya lebih perlu bersyukur. Benar bukan? Tetapi
percaya atau tidak, kalau aku katakan, ada yang tidak bersyukur, walaupun
jumlah bayaran bonusnya adalah RM7000! Bukan RM700 ya, tapi RM7000.
Apa yang ingin korang katakan pada mereka yang tidak
bersyukur ini? Apakah mereka kufur dengan nikmat yang diberikan tuhan? Kenapa dengan
jumlah sedemikian rupa, masih ada lagi insan yang tidak bersyukur? Jika ada
yang tidak tahu cerita sebenar, pasti yang akan mengatakan yang bukan-bukan.
Hakikatnya, cuba bayangkan diri anda berada di dalam situasi
ini:
Bayaran bonus yang patut anda terima adalah
bersamaan RM10,000. Tetapi nilai yang anda terima adalah RM7000. Apakah di
dalam situasi sedemikian, anda akan merasakan, takpa lah, hilang RM3000 pun
takpa. Atau anda akan merungut?
Jadi, kenapa ramai yang merungut adalah disebabkan, mereka
merasakan apa yang mereka terima tidak setimpal dengan apa yang sudah mereka
lakukan. Bayangkan anda perlu bekerja lebih daripada biasa. Dan majikan
memberikan kata-kata, yang bahawanya, semua pekerja akan memperolehi habuan di
atas usaha keras mereka.
Namun, bila sampai waktunya, majikan sekadar memberi yang
biasa. Sama seperti sebelumnya. Oleh yang demikian, ramai pekerja yang merasakan
mereka seperti tidak bermakna. Walaupun mereka memperolehi bonus yang besar! Yelah,
ribu-ribu kot! Sapa nak kasi kan?
Walau nilainya sikit tapi syukurlah.. sekurang-kurangnya dapat dari takde langsung kan.. ;)
BalasPadamitulah..perlu sentiasa bersyukur...:)
Padamselalu bersyukur tak kira apa pun sekali.
BalasPadamyup..betul tu..
PadamGanas betul pertanyaan tu.. bagi saya, kalau kita tak dapat bonus di tempat kerja.. mungkin Allah akan beri dengan cara yang lain
BalasPadamyup..mengenai itu saya setuju. jika tidak datang melalui kewangan, ianya akan datang melalui cara lain. terima kasih kerana mengingatkan saya..:)
Padam