Dah seminggu lebih sakit pinggang.
Dah seminggu lebih sakit pinggang|Masuk hari ni, dah seminggu
lebih pinggang aku sakit. Tak pernah rasanya sakit pinggang lama macam ni. Duduk
pun sakit, bawa motor pun sakit, berjalan pun sakit, baring tegak pun sakit. Adoi!
Rasanya macam ada yang tak kena dengan pinggang aku ni.
Aku tak pasti, aku ada angkat benda berat ke tak? Rasanya macam
takda pun. Tapi kenapa sakit sangat pinggang ni. Serius sakit. Nak dukung anak
pun mengaduh. Sampaikan anak sulung aku, di bahan nya aku balik. Aku suruh dia
ambil air untuk aku. Dia bangun sambil pegang pinggang, aduh sakit pinggang. Huh?
Aku bukan tak nak periksa dekat doctor. Ini kalau check doctor ni,
boleh dapat cuti rehat sebulan ni. hahaha. Aku ingat lagi, dulu la, dulu. Aku pernah
cuti lama, lama sangat, sebabnya sakit pinggang ni lah. Tapi bosan juga, sebab
duduk rumah je. Yelah, nak berjalan sakit-sakit ni, bukan seronok pun. Kan?
Kerja aku sekarang memang lebih kepada kerja pejabat. Memang
dari pagi sampai ke petang duduk atas kerusi je. So, bila sakit pinggang macam
ni, aku suspek, mesti berpunca daripada cara duduk yang salah. Eh, jangan tak
tahu ya! Ramai pekerja di pejabat yang kena sakit pinggang tau. Kebanyakkan yang
kena tu adalah dari kalangan mereka yang duduk diam sahaja, dari pagi ke
petang.
Duduk atas kerusi ni, kalau tak kena dengan caranya, memang
boleh beri penyakit tau. Sebab tu lah, ada beberapa bentuk senaman yang boleh
kita buat apabila berada di atas kerusi kerja kita. Tak kurang juga, ada yang
letak “protection” pada kerusi mereka, semuanya untuk memastikan mereka duduk
dengan betul.
Tapi kan, aku macam sedikit pelik. Biasanya, kalau letak
minyak, dah takda dah sakit pinggang ni. tapi kali ni macam lama pulak. Hmm. Aku
dah plan dah. Sabtu ni nak pergi mengurut. Ada seorang tukang urut dekat area padang
jambu Melaka ni. Orang lama. Dia mengurut bagus. Lelaki, perempuan, anak kecil,
semua dia urut. Alhamdulilah. Baik sakit tu. Semoga dipermudahkan.
cuba guna biobax... pelega paling cepat untuk sakit pinggang ke, sakit urat ke, tersalah urat... tengah top produk ni sekarang...
BalasPadambiobax? baru 1st time dengar..ok2..nanti cuba cari yer..thanks..
Padamejoy, kak ana pun alami sakit belakang ni lama dah, buat tak tahu je bertahan selagi mampu, last2 dua minggu lepas sakit paling kuat letak minyak panas pun tak jalan. kena juga rujuk hospital,buat mri doc sahkan slipped disc. sekarang kak ana kena jalani fisio terapi.. buat check up kay.. jangan biarkan :)
BalasPadamitulah..member2 pun ada kasitau benda yang sama jugak..hmm, rasanya nak kena check juga ni..
Padamcuba pakai ubat batook ori..nad haritu skit pinggang pakai minyak ni selesa sikit
BalasPadamowhh..ubat batook..macam pernah dengar..ok2..nanti saya cuba cari..
PadamTanda kekurangan kalsium atau pun angin berkumpul dekat dengan tulang tu. Ummi pun baru-baru ni rasa macam tu. Pergi berurut, tukang urut kata angin banyak angin berkumpul. Dia pelawa untuk berbekam sekali, tapi Ummi plan muungkin lepas raya kot nak berbekam tu.. hehehe...
BalasPadamLepas tu, Ummi makan Ostematrix double dosage sehari skrg dah ok dah..alhamdulillah :)
itulah..esok plan nak mengurut..betul tak tahan sakit dia ni..hmm
Padamassalam.. tau tak alamat umah tukang urut kt padang jambu ni
BalasPadamwaalaikumusalam.. alamat tu saya tak tahu, cuma rumah je tahu. dekat area roundabout padang jambu tu, masuk taman yang ada kedai runcit. lorong pertama. rumah dia ada pokok anggur dekat bahagian depan. sebelah rumah corner lot.
Padam