Malaysia bakal diserang makhluk asing? logik kah?

www.ceritaejoy.com

Malaysia bakal diserang makhluk asing? logik kah?|Yang sebenarnya, tergelak juga aku bila baca 1 post di dalam 1 blog besar ni. Terfikir sejenak, kalaulah benar malaysia bakal diserang oleh makhluk asing, adakah situasinya sama seperti di dalam filem. Banyak sebenarnya filem yang dibuat berdasarkan pandangan manusia, mengenai bagaimana situasi dunia jika di serang makhluk asing.

Dan mungkin atas pengaruh itulah, ada daripada kita yang benar-benar beranggapan 1 hari nanti, kita akan berperang dengan makhluk asing. Baiklah, aku nak tanya pada semua, siapa yang percaya makhluk asing tu wujud? Kalau di tanya pada aku, aku memang tak percaya. Tapi kalau ko tanya, makhluk halus tu wujud ke tak, itu aku percaya. Hehe.

Pada aku, mungkin penulisnya terlalu berfantasi. Atas sebab itu, dia berfikiran sedemikian rupa. Hmm, sebut pasal fantasi ni, teringat waktu kita kecil-kecil dulu, takda orang pun nak halang fantasi kita. Apa sahaja yang kita cakap, hampir kesemuanya akan dipercayai rakan-rakan sebaya. Tapi sekarang ni, kalau kita bercerita pasal hal-hal macam ini, mau digelaknya orang. Silap-silap, 7 keturunan pun tak habis kena gelak.

Tapi kan, bila aku ingat-ingat balik. Wujud kehidupan lain selain manusia di dalam dunia ni. Ini bermaksud, bukan manusia sahaja yang ada, tapi kehidupan lain. Itu persoalan yang seringkali orang beritahu aku. Yang membawa maksud, nak beritahu yang alien tu wujud? Erks. Tapi aku tetap juga tak percaya. Hahaha.

Takpalah. Mungkin ada yang percaya kewujudan makhluk asing. Itu memang kita tak boleh halang. Kang kalau kita cakap lebih-lebih, disekolahnya kita balik. Takpa Lah, nak percaya, percayalah. Kalau dia percaya, yang Malaysia bakal diserang makhluk asing, atau akan ada perang manusia dengan alien, aku pula percaya pada peperangan akhir zaman.


Apa pun, kadang-kadang tu seronok juga melayan. Bukan nak kata percaya ya, tapi seronok-seronok je jawab < [KUIZ] Adakah Korang AkanSelamat Jika Bumi Diserang Alien?>. hahaha. Puasa-puasa macam ni, nak bergelak ketawa boleh, asalkan tidak berlebih-lebihan ya. ehehhe. Selamat mencuba.

2 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.