Buka puasa mesti nak ada sambal belacan?

Jun 07, 2016
www.ceritaejoy.com

Buka puasa mesti nak ada sambal belacan?|Ish, menjadi-jadi sungguh keyword resepi sambal belacan mudah dan sedap ni. Penuh dok masuk dalam blog ceritaejoy.com. hahaha. Ini membuktikan yang rakyat malaysia memang suka makan sambal belacan. Kalau takda sambal belacan, memang tak sah ye? Macam aku, kalau takda pun takpa. Tapi kalau ada lagi syok! Hehe.

Kita orang-orang malaysia *aku cakap orang malaysia sebab bukan orang melayu sahaja yang suka makan sambal belacan ya* memang dah biasa makan nasi dengan sambal belacan kan? Nasi panas+lauk sikit+ulam-ulaman+sambal belacan. Hamboi! Sedap kau! Erks! Tercerita pasal makanan pulak aku pagi-pagi puasa ni.

Tapi itulah, tak perlu banyak pun lauk kalau makan siap ada sambal belacan ni. Cukuplah nasi panas+ikan masin+timun dan penaiknya sambal belacan. Apa macam? Berselera tak? Kena pula resepi sambal belacan mudah dan sedap ni tersangat lah senang. Cukup bahan, campur semua, tumbuk-tumbuk, dah siap! Hahaha!

Aku fikir cara buat sambal belacan yang mudah inilah yang menjadikan ia di antara menu mesti ada tak kira lah sewaktu makan tengahari ataupun sewaktu berbuka. Kebiasaanya mereka yang tinggal di kampung, sambal belacan sedap ni mesti ada. Aku kalau balik kampung, nun kat utara sana, kalau takda sambal belacan, macam tak sah!

Sekarang ni, bila tinggal kat rumah sendiri, yang makan Cuma aku dengan isteri je. Anak-anak kecil lagi. Kalau mereka dah besar, rasa seronok sikit. Sebab kalau makan ramai-ramai, selera dia lain macam sikit. Cuba tengok suasana buka puasa di kampung. Sedara mara semua ada. Hidang kan makanan dekat ruang tamu rumah, pastu makan ramai-ramai! Aduh! Bestnya! Adoii! Apahal aku asyik cerita pasal makan ni? Puasalah!

Ini semua pasal resepi sambal belacan mudah dan sedap lah. Yang asyik muncul dekat blog ceritaejoy.com. Ini bukan blog makanan. Itu yang pelik tu. Kena pulak, aku kongsikan sahaja resepi tu dari sebuah laman web iklan. Hahaha. Nampak tak dekat situ, niat untuk kongsikan resepi itu untuk dapat wang, tapi sampai sekarang, dia banyak jana trafik pada blog aku. alhamdulilah.


Oklah! Sekarang aku dah tahu orang malaysia ni memang suka makan sambal belacan. Tapi aku baru tahu, yang ada orang malaysia yang mengenakan hijab. Depa p cari nu sampai ke korea! Dah kenapa kan jauh sangat? Aku tahu pun sebab aku baca <REVEALED: 6 Best Kept Fashion & Adventure Secrets For All Hijabsters To Explore In Korea>

11 ulasan:

  1. alamakk...yaya tak suka belacan..hahahaa

    BalasPadam
  2. Memang sedap tu... Pembuka selera waktu berbuka puasa... Tak pandang Kiri kanan da bila makanan... Nak nak makan dengan nasi panas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah yang saya nak beritahu sebenar nya..hehehe,,haip, batal pulak puasa nanti kalau asyik bercerita pasal makan ni. heehhe

      Padam
  3. itu memang pembuka selera kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup..kena pula yang nampak pedasnya tu..adoi!

      Padam
  4. memang mesti adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. betul tu..kena pulak ada ulam-ulam segar..hehehe

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.