Fasa perubahan tubuh sewaktu berpuasa.
Fasa perubahan tubuh
sewaktu berpuasa|Mungkin ramai yang tidak sedar, puasa itu bukan sekadar
menahan lapar dan dahaga. Banyak sebenarnya Kelebihan Berpuasa Di Bulan Ramadhan. Salah
satunya adalah badan kembali sihat dengan pengurangan atau pengeluaran toksin
di dalam badan. Ianya terjadi tanpa kita sedar. Puasa juga dapat merehatkan
perut kita setelah 11 bulan bekerja siang dan malam untuk memproses makanan.
Melalui perkongsian di laman media mengenai Fasa perubahan
tubuh sewaktu berpuasa, kita dapat memahami dengan mudah, di antara Kelebihan
Berpuasa Di Bulan Ramadhan. Aku kongsikan di blog ceritaejoy.com untuk manfaat
semua.
Rumusan fisiologi puasa.
Fasa 1 (hari pertama-kedua)
Gula di dalam badan mulai menurun dan jantung berdegup
perlahan. Glikogen di tarik keluar dari otot dan menjadikan otot-otot badan
lemah. Ianya memberi tindak balas kepada badan dan mengakibatkan pening-pening,
rasa ingin muntah, lapar dan mulut berbau.
Fasa 2 (hari 3-7)
Lemak pada di dalam tubuh manusia mulai pecah bagi tujuan
penghasilan tenaga. Berlaku juga tindakan kimia dari glyceride ke glycerol dan
ditukarkan kepada glukosa. Fasa ini juga berlaku nya proses detoksifikasi. Ianya
akan menyebabkan badan dan kulit manusia rasa berminyak.
Selain itu organ detox seperti paru-paru akan rasa kurang
selesa. Pada fasa ini, aktiviti sel darah putih meningkat dan sekaligus meningkatkan
sistem antibody manusia.
Fasa 3 (hari 8-15)
Proses detoksifikasi berlangsung dengan sel-sel mati dan
rosak dikeluarkan. Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama
juga terubati. Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini. Pada fasa ini juga
tenaga dipertingkatkan dan fikiran manusia menjadi lebih jelas.
Fasa 4 ( hari 16-30)
Badan mula selesa dengan puasa. Proses pemulihan masih
berlaku dan hasilnya pernafasan menjadi lebih baik dan kualiti darah meningkat.
Alhamdulilah. Dalam sedar tak sedar banyak kebaikan yang
kita akan dapat bila kita berpuasa. Ada sebabnya kenapa Allah menyuruh kita
berpuasa selama sebulan. Antara hikmah lain, jika dilihat dari sudut yang lain,
Allah ingin kita rasakan sendiri, bagaimana saudara-saudara kita yang terpaksa
mengikat perut adalah mungkin disebabkan kemiskinan yang teruk ataupun berada
di dalam suasana yang tidak harmoni.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com