Apa yang aku buat pada Hari Pertama Puasa 2016.
Apa yang aku buat
pada Hari Pertama Puasa 2016|Yang sebenarnya, sama sahaja macam puasa-puasa
sebelum ni. Pada awal puasa, aku mesti clear kan apa sahaja yang ada di atas
meja kerja aku. Botol air, makanan dalam locker, gula-gula, apa sajalah yang
melibatkan minuman dan makanan. Bukan apa, bila awal-awal ni, mood puasa dia
masih dalam samar-samar. Kang ada la eksiden terminum air lah, termakanlah. Macam-macam.
Dugaan berpuasa sekarang ni, pada aku lebih besar dari
tahun-tahun sebelum ini. Kalau nak dibandingkan dugaan berpuasa pada zaman
nabi-nabi dulu, memang tak sama lah dengan zaman kita sekarang ni, tapi aku Cuma
nak kongsikan apa yang berlaku dekat zaman kita ni ha.
Dugaan pertama pada aku adalah pada media sosial. Bukak je
FB pagi-pagi macam ni, penuh orang upload gambar makanan. Kena pula makanan
kegemaran kau. Tak meleleh? Adoi. Tapi dah nama pun puasa kan? Kalau nak di
ikutkan, dugaan dekat bazaar Ramadan 2016
tu lagi hebat. Siap tengok live dan boleh bau lagi. Apa macam? Hehe.
Dugaan yang kedua adalah, laman sosial juga. Aku minta maaf
awal-awal ya, walaupun kita berada di dalam bulan mulia, tapi ramai juga yang
masih upload gambar-gambar terbukak sana, terbukak sini, terbengkak sana,
terbonjol sini. Lebih hebat nya lagi, caption mereka, Alhamdulilah, berjaya
puasa penuh harini. Hmm, masing-masing la ye.
Mesti ada yang cakap, kenapa, ada masalah ke kalau mereka
berpakaian macam tu? Aku bukanlah alim ulama, ustaz jauh sekali, tapi semua
jawapan tu dah ada berpuluh, beratus, beribu tahun dulu. Cuba cari, mesti dapat
punya jawapan tu. Dan pasti ada juga soalan, sapa suruh tengok? Jawapan aku,
bukan sengaja nak tengok. Kadang kau bukak page sahabat kau, dalam
banyak-banyak gambar beliau, pasti ada yang terselit. Hmm.
Dugaan yang ketiga pada Hari
Pertama Puasa 2016 ini adalah, mengantuk! Adoi! Kalau sebelum ni, kita
tidur lena hingga ke subuh, tapi di dalam bulan puasa ini, kita perlu bangun
lebih awal untuk bersahur. Kebiasaannya, awal puasa sahaja kita akan rasa
mengantuk ni, tapi 2-3 hari lepas tu, dah ok dah. Tapi tak pasti lah aku kalau
ada yang mengantuk membawa ke sebulan. Rasanya ada kut. Kan?
Dugaan lainnya pula adalah, benda-benda kecil yang boleh
membawa kepada batalnya puasa. Contohnya? Korek hidung! Yelah, kadang gatal,
kita nak bersihkan hidung, sedar tak sedar, ianya boleh membatalkan puasa. Yang
lain tu, telinga gatal. Biasakan kita masuk jari, godek-godek sikit nak bagi
hilang gatal tu.
Yang sebenarnya, semua ni bersifat sementara je. Dan terpulang
kepada individu itu sendiri. Kalau niat dah betul, dan sentiasa jaga, ianya tak
menjadi halangan besar pun. Tapi biasalah kan, Hari Pertama Puasa 2016, orang cakap baru nak cari tune. Dan masuk
hari ketiga atau keempat, dah ok dah. Hehehe.
Tapi Kan, aku cukup respek dengan <kisah 3 ibu super di dalam usaha mereka untuk terus capai impian>. Bayangkan mereka menguruskan keluarga dan dalam masa yang sama
menguruskan kerjaya dan kini berpuasa di dalam bulan Ramadhan 2016. Hebat bukan?
Sememangnya mereka hebat!
omg saya pun mengantuk juga ni, salam ramadhan
BalasPadamhehehe..itulah..rakan-rakan saya yang lain pun, semua cakap mereka mengantuk..hehe
Padam