Hidupkan lesen memandu malaysia tamat tempoh.
Hidupkan lesen memandu malaysia tamat tempoh|Sekarang ni, tarikh lesen kenderaan tamat tempoh adalah bersamaan dengan tarikh hari lahir kita. Tujuan ianya dijadikan seperti itu mungkin kerana mudah untuk semua orang ingat bila tarikh luput lesen memandu mereka. Tetapi tidak pada aku. hahaha. Sungguh! Tarikh lahir aku sendiri pun kadang-kadang aku lupa. Wife lah yang tolong ingatkan aku. ish!
Yang sebenarnya, aku memang tak suka nak ingat apa-apa
tarikh pun. Dan terus terang juga aku
nak cakap, aku memang tak sambut pun hari lahir aku seperti kebanyakan orang. Hahaha.
kadang-kadang seronok juga tengok orang, ada kek, ada sambutan segala. Tapi aku
tak terasa pun nak ada semua tu. Hahaha. Pelik tak? Tak pelik kan?
Orait! Aku hidupkan lesen memandu malaysia selama 2 tahun.
Bayaran berjumlah RM 62 *murah ke mahal tu?*. Hidupkan lesen dekat pejabat pos.
Mudah sahaja urusannya, masuk pejabat pos, kemudian tekan 1 no sahaja! Ingat! 1
no sahaja! Bukan apa, kadang perangai orang kita ni, tak pasti lah kenapa.
Dia tekan banyak no. Ataupun, dekat tangan dia ada banyak
no. Mai mana no banyak-banyak tu kan? Itu yang aku pelik. Kita ni, punya lah tunggu giliran no kita di panggil. Tup-tup, depa yang mai selepas kita, terus
ke kaunter, sebabnya no mereka dah di panggil. Aiks? Itu aku pelik.
Ok. Lepas tekan no, tunggulah dengan tenang dan sabar ya.
kaunter ada 6 tapi bukaknya Cuma 2 kaunter, itu perkara biasa. Lagi biasa,
walaupun dengan keadaan orang yang ramai, pekerja di sana buat kerja dengan
tenang sekali. Tahniah aku ucapkan kepada semua pekerja! Anda hebat di dalam
mengendalikan emosi semua pelanggan anda. Huh!
Selepas di panggil, beri lesen memandu malaysia anda dank ad
pengenalan. Bayar RM62 *bagi tahun 2016* dan tunggu sekejap. Masa yang diambil
untuk lesen memandu anda siap memang sekejap. Tak sempat balas whatapps, dah
siap. Hehehe.
jm pun pernah lupa nak perbaharui lesen memandu hampir 2 bulan expired, nasib tak kena denda...
BalasPadamhttps://beloggers.blogspot.my/2016/06/ceritaejoy-haffizul-iskandar.html
erks..2 bulan lesen mati, kena denda ya?
Padamtak kena denda kot. saya tak pernah kena..tak tahu le sekarang. semau berubah peraturan deme.
BalasPadamKalau mcm ain suka hidupkan untuk 2 tahun terus. Buat2 la lupa tarikh tamat lepas tarikh tamat baru pegi renew lepastu kena marah! hahaha. Tapi hritu Jpj tegur muka tak sama dgn lesen LOL. nak buat cane hahaha.
BalasPadamAs salam. Mudah la bila lesen memandu tamat tempoh pd hari lahir, mudah utk diingati. abam kie folows here. no 361. TQ..
BalasPadam