Diantara Baju raya moden atau Baju Raya Tradisional.
Diantara Baju raya
moden atau Baju Raya Tradisiona| Baru-baru ni, bawa orang rumah berbelanja
baju raya. Rasanya, setelah bertahun lamanya kami mendirikan rumah tangga dan
kini mempunyai sepasang anak, barulah kini aku belikan baju raya sedondon. Hahaha.
Tak pasti kenapa, tapi sebelum-sebelum ni, memang pakai baju raya lain-lain. Aku
tetap dengan baju raya yang lama.
Orang lelaki *mungkin tak semua lah* memang macam ni kut. Mereka
tak excited sangat macam orang perempuan. Asal ada cukup. Kalau yang
tahun-tahun sebelum ni boleh pakai, kami pakai je. Dan suka aku nak cerita,
yang aku masih menyimpan baju melayu yang di beli oleh arwah mak aku pada tahun
2001!
Kalau kira-kira, dah 15 tahun baju tu. Masih elok dan masih
boleh di pakai. Orang dulu-dulu kan, suka beli baju besar-besar. Mungkin inilah
antara penyebabnya. Bayangkan kalau semua orang buat macam aku ni. Pakai baju
yang sama bertahun lamanya, mesti tak laku baju-baju raya moden ni kan? Hahahaha.
Orait! Jom bercerita mengenai, Diantara Baju raya moden atau
Baju Raya Tradisional, yang mana satu menjadi pilihan utama korang? Kalau aku,
pilihan aku dah tentulah baju raya tradisional. Dan aku lebih suka jubbah sebenarnya.
Senang. Tak payah pakai seluar. Hahaha.
Tapi kalau kita tengok fesyen zaman sekarang ni. amboi! Macam-macam.
Mungkin disebabkan orang zaman kini lebih menyukai sesuatu yang baru! Sesuatu yang
luar dari konsep biasa orang kita. Atau sekadar mengikut-mengikut sesuatu trend?
Baju raya hipster.
Rasanya ini yang paling trend kot sekarang ni. Kalau diberi
peluang, sungguh aku tak nak cuba. Hahaha. Macam tak kena pulak dengan tubuh
badan aku. Dan kebiasaannya, mereka yang memilih baju raya hipster ni, terdiri
daripada mereka yang top-top. Macam artis ke, top dekat laman sosial ke, top
dekat kolej atau university ke mahupun top dekat kawasan penempatan mereka.
Ada pulak, baju raya yang ada tali pinggang. Itu aku kurang
jelas. Mungkin kegunaannya untuk “menampakkan” tubuh di pemakainya. Tapi ada
bagusnya tali tu boleh adjust. Yelah, waktu beraya nanti, banyak makanan
sedap-sedap. Bila dah kenyang, perut pun makin membesar, jadinya, bolehlah
longgarkan ikatan tali tu. Eh! Yeker? Hahaha.
Baju raya sado.
Ini aku kurang pasti dah ada ke belum. Kalau Jubah Pahlawan
Jubah Sado tu ada lah! Viral kot! Bukan dekat malaysia je orang pakai tau,
orang luar Negara pun ada yang order jubah pahlawan tu. Itu cerita pasal jubah.
Tapi ni, ada ke baju raya sado? Ke aku je yang tak tahu?
Apa pun, zaman sekarang ni memang extreme. Peniaga-peniaga
dah tak boleh jual produk yang sama sahaja. Mereka perlu jadi lebih kreatif dan
inovatif! Ehehe. Dan atas alasan itulah, kenapa banyak fesyen-fesyen menarik
mahupun pelik! Wujud dalam pasaran malaysia. Semuanya hanya kerana ingin
mencari kelainan.
Tak kisahlah pasal tu. Pilihan aku tetap pada Baju Raya Tradisional. Bagaimana pula
dengan korang?
Baju raya sado tu please la T_T tak cantik langsung! Yes sam mcm abng and abah ain! Tiap2 tahun pakai baju lepas2 je. kiteorang yg perempuan ni je tiap2 tahun beli :p biasa lah perempuan. hehe
BalasPadamnice sharing..
BalasPadam