Kisah mertua.

www.ceritaejoy.com

Kisah mertua|Rasanya dah ramai yang baca mengenai kisah seorang wanita yang dipergunakan oleh mertua dan kakak iparnya. Aku pun baru sahaja baca kisah tu. Mengenai kesahihan cerita, terpulanglah kepada individu itu sendiri. Dan pada aku, aku memang percaya pada kisah tersebut, kerana sahabat aku sendiri pun ada mengalami masalah yang sama.

Bezanya, sahabat aku seorang lelaki. Tinggal di rumah mertuanya kerana isterinya tidak bekerja dan ingin menjaga kedua orang tuanya. Ceritaejoy macam ni, aku tanyakan pada dia, apakah wang bonus yang diterimanya sudah habis. Biasalah kawan-kawan bergurau, macam itulah kan? Yang sebenarnya, ada je, gaji baru dapat pagi, petangnya dah habis.

Oklah, soalan aku mudah sahaja pada dia, tapi jawapan yang diberi, panjang!  Nak tak nak, aku dengar je. Cerita dia, bonus yang dia dapat, sedikit pun dia tak rasa. Mulanya aku ingat, mungkin dia beri pada isteri dia. Biasalah Kan, suami kalau dapat duit lebih, mesti beri pada isteri. Betul tak?

Tapi, sangkaan aku tu, meleset! Katanya, duit bonus dia, awal-awal lagi dah ditempah oleh kakak ipar dia. Mereka dah tahu, bila pekerja-pekerja seperti kami ni dapat bonus. Menariknya! Menurut cerita, kakak ipar dia ni bergaji lebih besar dari sahabat aku ni. Berkerjaya sebagai guru sekolah. Dia kata gaji besar *dia kata, bukan aku ya*.

Jadinya, dia nak “pinjam” wang dari sahabat aku ni, untuk bayar segala macam belanja. Mengenai pecahan belanja tu, aku tak mahulah kongsi dekat blog ceritaejoy ni. Soalan aku pada kawan aku ni mudah je, “kau bagi tak?”.

Dia tak jawab pun soalan aku tu, tapi dia sambung cerita lagi. Katanya, bulan disember lepas pun, kakak ipar dia ada “pinjam” wang dari dia, berjumlah RM1500. Dan itu pun dia belum bayar lagi. Dan kini, dia nak pinjam lagi. Dan soalan aku pada dia, “kau beri genap RM1500?”.

Lanjut dia dah bercerita, aku tanya lah, dia duduk rumah mertua dia tu, segala macam bil, barang-barang keperluan, siapa yang bayar dan belikan? Rasanya jawapan dia mesti korang dah tahu kan? Cerita dia lebih kurang sama macam kisah mertua yang dikongsikan wanita yang kini boleh dikatakan viral di laman sosial.

Aku tidaklah mengatakan yang semua mertua dan ipar itu teruk. Alhamdulilah. Aku mempunyai ipar dan mertua yang sangat baik dan memahami. Mungkin disebabkan mereka juga pernah melalui kehidupan yang sama seperti aku. Dan mungkin juga mereka memahami siapa diri aku. hehehe.

Aku tidaklah seteruk mana. Cuma, aku lebih bersifat terbuka. Terbuka dalam kata lainnya, aku akan mempersoalkan setiap apa yang berlaku. Contoh, jika bayaran persekolahan ataupun belanja anak orang lain. Aku akan mempersoalkan, kenapa aku yang perlu bayar walhal mereka ber binkan/ber bintikan orang lain.

Dari segi pinjaman pula, kalau jumlahnya besar, aku tidak akan memberikan jumlah penuh. Katakan nak pinjam RM500, aku akan berikan RM250 *sebagai contoh*. Selebihnya mereka perlu usaha sendiri. Dan jika ada usaha untuk meminjam kali kedua, aku akan minta mereka selesaikan hutang yang pertama.

Aku bukanlah sekejam mana. Tetapi nak cari duit tu bukan mudah. Bukan duduk sahaja dapat duit. Kena ada usaha. Usaha pun bukan sikit. Banyak! Keluar pagi balik malam. Kadang-kadnag tak jumpa matahari pun. Dan usaha aku hanya untuk menyenangkan keluarga aku. Ada bezanya membantu dan menanggung.

Kata aku mudah je pada kawan aku ni. Sekali mereka merasa senang, pasti mereka akan terus rasa senang. Jadi, beri sedikit pada mereka usaha. Memanglah cakap tu senang, tapi apa gunanya kita memendam perasaan yang akhirnya akan memakan diri sendiri. Betul tak?

Apa pun, ini adalah kata-kata dari aku. Ianya mungkin berbeza dengan pendapat kalian. Terpulanglah kepada diri individu itu sendiri ya.

10 ulasan:

  1. susah la macam ni..tak boleh la ipar dan mentua buat macam ni sebab si kawan tu dah ada family jugak

    BalasPadam
  2. SEGALANYA TERPULANG PADA DIRI KITA SENDIRI BETUL TAK ?

    SINGGAH RAMADHAN

    https://belogs.blogspot.my/

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes..tapi ada juga yang tersekat di antara 2 keadaan..

      Padam
  3. first time baca kisah ni. oh eally ada mil dgn kakk ipar mcm tu ? uih

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. ada..betul ada yang macam ni..cuma kita je yang tak tahu..

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.