Minat nak bela ayam hutan pulak!
Minat nak bela ayam hutan pulak!|Aku memang tak boleh kalau takda apa-apa aktiviti dekat rumah. Rasa macam tak cukup sempurna. Hahaha. anak-anak tu ada je melayan, tapi kalau di tambah dengan aktiviti peliharaan haiwan ni, lagi umph! Boleh macam tu? Sebelum aku lanjutkan cerita aku ni, aku nak beritahu, bela ayam hutan perlukan lesen dari perhilitan ya!
Ikutkan hati aku, aku nak bela ayam hutan hijau! Ahha! Kalau
guna keyword Ayam Hutan Hijau Untuk Dijual, memang banyak dekat google tu. Tapi lokasi nya bukan dekat malaysia ya! Ayam hutan hijau ni banyak kat Negara jiran
kita, Indonesia.
Procedure untuk bawa masuk ayam ini ke Negara kita memang
sedikit melecehkan. Kalau kita sendiri nak buat, memang susah la. Kena hubungi
mereka yang biasa import haiwan dari luar Negara. Tapi bila kita gunakan
perkhidmatan orang, harganya kena faham-faham sendiri la ye.
Aku ada kenal dengan seorang pengimport haiwan. Dan aku
beritahu dekat sini ya, harga bagi sepasang ayam hutan hijau adalah bersamaan RM3 ribu lebih! Mahal kan? Memang mahal sebab ayam hutan hijau di antara ayam hutan
rare! Hehe.
Kemudian aku beralih kepada ayam hutan sri lanka ataupun Ayam
hutan Ceylon. Warna ayam hutan ni, adoi! Memikat sungguh! Dan tolong jangan
tanya pasal harga ya! Kerana harga ayam hutan sri lanka adalah lebih mahal
daripada harga ayam hutan hijau. Harga bagi sepasang ayam ini adalah dalam
RM5000! Sepasang! Adoi!
Ada orang malaysia yang memelihara ayam exotic ini ya
*melalui bacaan dari blog ke blog*. Namun, mereka masih tidak berjaya
membiakkan ayam ini. Rasanya, kalau dah berjaya biak, harga nya mungkin ada sedikit lebih rendah berbanding harga yang perlu kita bayar kalau beli haiwan
ini dari luar Negara. Kan?
Disebabkan harga kedua-dua spesies ayam ini mahal. Aku beralih
arah kepada ayam hutan merah. Ayam hutan ni banyak terdapat di Negara kita. Dan
macam yang aku ada cakap tadi, ayam hutan merah memerlukan lesen pelihara
daripada jabatan perhilitan malaysia ya!
Disebabkan ayam hutan merah banyak terdapat di malaysia, harga nya tidaklah terlalu mahal. Dan ada kumpulan yang kerap turun ke kawasan
hutan untuk memikat ayam hutan merah. Aku tidaklah sampai nak pergi pikat ayam
hutan, Cuma minat nak bela je. Hehe.
Orait. Sebelum tu, siapa pernah rasa daging ayam hutan? Kalau
yang pernah rasa tu, mesti tahu beza rasa ayam hutan dengan ayam kampung kan? Aku
dulu, waktu kecil, selalu juga rasa daging ayam hutan, ni dah besar-besar ni,
beli ayam dekat pasar jelah. Hahaha.
Orait! Aku dah dapat beberapa ekor ayam hutan merah. Dan insya Allah,
dalam minggu ni, aku nak ke pejabat perhilitan untuk dapatkan lesen memelihara.
Cumanya aku masih berkira-kira. Ikutkan hati memang nak bela banyak, tapi aku
duduk rumah taman. Kang apa pula kata orang kan? Ish! Rasanya kena bela seekor
sahajalah. Hmm.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com