Maksud Error 502 Bad Gateway.
Maksud Error 502 Bad
Gateway|Arghh! Tiba-tiba je keluar masalah error 502 ni. Nak bukak blog
langsung tak boleh, lagi kan pulak nak update post kan? Apa maksud error 502 ni? Dan kenapa tiba-tiba muncul je masalah ni?
Dah ada masalah, bagaimana cara betulkan
error 502 ni? Adoi! Macam-macam persoalan timbul.
Bagi seorang blogger, internet adalah masalah paling utama
bagi mereka. Tetapi kalau ada internet, tapi tak boleh buka dan update blog
pun, 1 masalah besar jugak. Betul tak? Bagi mereka yang tidak memahami, error
502 bermaksud:
- Masalah yang berpunca daripada kelemahan komunikasi
IP dan ianya juga mungkin berpunca daripada Web server yang ingin kita
lawati. Sebelum menganalisis masalah
ini, kita perlu membersihkan “cache” pelayar kita sepenuhnya terlebih dahulu
- Jika kita sedang melayari laman Web dan melihat
masalah ini untuk semua laman web yang kita cuba lawat, maka sama ada:
1) ISP anda mempunyai kegagalan peralatan /
beban utama
2) Ada sesuatu yang salah dengan sambungan
Internet dalaman kita, contohnya firewall kita tidak berfungsi dengan betul.
- Jika kita melihat masalah ini hanya pada
beberapa laman web yang kita cuba untuk lawat maka ianya mungkin menjadi satu
masalah di laman-laman tersebut iaitu salah satu bahagian peralatan gagal /
muatan. Hubungi orang-orang di laman tersebut.
Cara untuk mengatasi error 502 bad gateway.
Cara yang paling mudah adalah dengan membersihkan “cache”
pada computer kita. Dan jika ianya masih juga berada di dalam keadaan sama, yakni
bermaksud Error 502 Bad Gateway, cuba
untuk mengenal pasti adakah ianya berpunca daripada laman web tertentu. Jika tidak,
kita boleh emailkan pada pihak google berkenaan masalah ini.
Namun, bagi aku, tiada perkara yang paling mudah daripada
bersabar bagi tempoh yang diberikan kerana ianya akan pulih seperti sedia kala.
Melihat kepada pesatnya dunia blog kini, tidak hairan lah kenapa “server” pun
boleh jammed. Jadi, bila kita berhadapan dengan masalah Error 502 Bad Gateway, aku nasihatkan, kita tunggu saja sehingga
semuanya pulih. Senang kan? Hehe.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com