Kisah Warden Asrama Lelaki pukul pelajar.
Kisah Warden Asrama
Lelaki pukul pelajar|Bila terbaca kisah yang tengah viral ni, terus aku
teringatkan kisah aku sewaktu di sekolah asrama dulu. Istimewanya sekolah aku
ni, sekolah di bawah seliaan kementerian pendidikan manakala asrama pula di
bawah seliaan kementerian pertahanan. Ha, faham tak? Ini bermakna, asrama aku,
warden nya terdiri daripada tentera. Pernah dengar Asrama Putra Angkatan Tentera? Ha, disitulah aku berada selama 3
tahun.
Haip! Kantoi Hisap
Rokok? Adoi. Aku tak hisap rokok, dari dulu, sekarang dan sampai bila-bila.
Tapi aku tersangat faham bagaimana perasaannya kalau kantoi hisap rokok dengan
warden ni. Macam nyawa di hujung tanduk! Rasa macam darah dekat muka tu
hilang! Macam mana aku tahu? Sebab aku tanya member-member aku yang pernah
kantoi tu. Hahaha.
Bayangkan. Tentera! Mereka tu dilatih bukan lembut-lembut
oi. Bukan calang-calang. Alangkan warden asrama sekolah biasa pun dah garang,
inikan warden tentera? Mampos! Hahaha. keluar bahasa kesat aku dekat situ. Tapi
kan, aku suka dengan cara tentera. Mereka tak sentuh pun kau. Paling kuat
mereka akan jerit dekat telinga kau sama macam mereka jerit dekat padang kawad
tu.
Berbeza dengan Kisah Warden
Asrama Lelaki pukul pelajar tu, warden tentera ni tak sentuh orang, tapi
mereka psycho otak kau. Macam dera secara mental la. Dia panggil semua baris. Tak
kisah la jam berapa pun. Kalau time tidur, kau bangunlah cepat-cepat. Berbaris dekat
court badminton. Lepas tu dia bercakap. Kalau terus dapat orang yang hisap
rokok, dia fokus dekat orang tu, kalau tak dapat, dia buat sampai orang mengaku.
Wahaha.
Lepas dah dapat, macam-macam dia buat. Macam-macam jenis “exercise”
kena buat. Hahaha. Tapi kan, semua tu bagus tuk badan juga tau. Baru aku tau
kenapa banyak askar yang badan mereka sado-sado. Hahaha. Tapi tu semua kenangan
buat aku la. Nanti bila anak aku dah besar, mesti aku cerita dekat dia. Nak
masukkan dia dalam sekolah tu? Hmm, kena fikir dulu. Hehe.
Haip! Berbalik kepada kisah pelajar Kantoi Hisap Rokok ni. Silapnya adalah, warden tersebut melakukan
perbuatan yang menyentuh pelajar tersebut. Dalam erti kata lainnya, hukuman
berbentuk kekerasan. Kemudian, ianya di datangkan dengan bukti video. Ini menguatkan
lagi dakwaan ke atas warden tersebut. Apapun, kita biarkan pihak polis
melakukan siasatan lanjut. Kita janganlah melakukan sesuatu yang melampaui batas
undang-undang. Takut nanti kita juga akan di dakwa. Ya.
- Warden Asrama Lelaki
- Asrama Putra Angkatan Tentera
- Kantoi Hisap Rokok
- Warden Asrama
ini sekolah elsa. elsa dekat sekolah tu tahun 2012-2013. dan pengalaman hidup dalam asrama dengan pelbagai kisah yang jadi pada aspura memang elsa rindu hahaha. tapi memang terkejut bila tengok video nie yang sedihnya tak cam cikgu yang mana hehe
BalasPadamowh..ye ker? saya tahun 1999~2003...sy senior tau..hehehe
Padam