Rezeki Allah VS kesediaan diri.

Rezeki Allah VS
kesediaan diri|Semua pasangan suami isteri pun mahukan zuriat. Demi kelangsungan keturunan mereka. Termasuklah aku. Dan ramai yang percaya kepada Rezeki Lepas Kahwin. Ramai yang
mengakui, selepas sahaja mendirikan rumah tangga, rezeki mereka melimpah ruah. Dan
inilah janji Allah kepada mereka yang
bersyukur kepadanya.
Jadi apa kaitannya dengan tajuk entry aku : Rezeki Allah VS kesediaan diri ni? Jawapannya
adalah anak. Ya! Anak yang terhasil daripada hubungan kelamin suami isteri. Anak Rezeki Dari Allah. Ya. Ada yang
dikurniakan dengan ramai anak, ada juga pasangan yang tidak dikurniakan dengan
anak walaupun bertahun lamanya mendirikan rumah tangga.
Rezeki seseorang manusia itu dah ditetapkan. Rezeki Allah Itu Luas. Kalau tidak
dengan pemberian anak, diberikan kesihatan yang sangat baik. Diberikan juga
kehidupan yang bahagia. Ada juga diberikan makanan dan tempat tinggal yang
mewah. Rezeki itu datang pelbagai. Yang benar-benar bersyukur kepada Allah
sahaja memahami akan hal ini.
Berbalik semula kepada kisah anak ini tadi. Ya, aku sangat
percaya, Rezeki Anak Allah Tentukan.
Ya! Aku tidak sesekali menafikan perkara itu. Tetapi aku tidak percaya kepada
kesediaan diri aku. Bagi yang tidak mengetahui, aku sudahpun mempunyai sepasang
anak. Aku sudah merasa selesa dengan kehidupan sekarang. Aku dah merasakan
kehidupan aku cukup sempurna sekarang ni.
Namun, bagaimana pula jika diberikan anak ketiga tanpa
sedar? Aku selalu terfikirkan, bagaimana kalau Allah terusan ingin memberikan
rezeki anak kepada aku sekeluarga. Aku selalu bertanyakan soalan ini kepada
diri aku. Wujud banyak persoalan dalam diri aku.
Pernah sekali, aku berbual dengan rakan-rakan terdekat. Semuanya
mengatakan hal yang sama, Anak Rezeki
Dari Allah. Ini adalah kerana, aku kerap kali mengatakan, aku dah tak nak anak lagi. Kerana aku dah rasakan kehidupan aku dah cukup sempurna sekarang ni.
Tak kurang juga yang cakap, aku ni tak bersyukur. Ada keluarga
yang nak anak ramai. Tapi Allah Cuma bagi seorang sahaja penyeri dalam keluarga
mereka. Jawapan aku, aku bukan tidak percaya kepada Rezeki yang Ada Pada Anak
yang bakal dilahirkan tu, Cuma aku tak percaya pada diri aku sendiri.
Adakah aku mampu berlaku adil kepada setiap anak aku? Adakah
cukup perhatian yang bakal aku berikan pada setiap anak-anak aku? Aku takut
jika aku tak mampu berlaku adil pada semuanya. Jika sekarang, aku mempunyai 2
orang anak. Jadi perhatian aku terbahagi kepada 2. Jika 3, maka aku perlu
bahagikan kepada 3 pula.
- Rezeki Lepas Kahwin
- Rezeki Anak Allah Tentukan
- Anak Rezeki Dari Allah
- Rezeki Allah Itu Luas
- Kehidupan Selepas Kahwin
- Rezeki Ada Pada Anak
- Percaya Pada Rezeki
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com