Punca sebenar penyakit kencing manis.
Punca sebenar
penyakit kencing manis|Penyakit kencing manis boleh dikatakan di antara
penyakit paling banyak dihidapi oleh rakyat malaysia. Arwah ibuku juga menghidap penyakit kencing manis termasuklah ayah aku. Dan kata orang, jika keluarga ada sejarah kencing manis, tidak mustahil anaknya juga akan mendapat
penyakit ini. Apakah Punca Penyakit
Kencing Manis ni? Dan adakah pengidap Kencing Manis Boleh Sembuh?
Sebab Penyakit Kencing Manis Dan Cara Mengatasinya.
Bila sebut manis sahaja, secara automatic kita akan
terfikirkan gula. Adakah penyakit ini adalah disebabkan oleh pengambilan gula
yang berlebihan? Melalui bacaan di google, punca penyakit kencing manis adalah
disebabkan oleh pola hidup yang tidak sihat. Pengambilan makanan yang
mengandungi kadar gula yang tinggi adalah penyebab kepada peningkatan glukosa di
dalam darah.
Ciri Ciri Mengidap Penyakit Kencing Manis.
Bila bercerita mengenai ciri-ciri mereka yang mengidap
kencing manis ni, aku dah sedikit takut. Sebabnya ada beberapa ciri yang aku
rasakan ada mengalaminya. Adakah ianya secara kebetulan ataupun memang benar? Semoga
ianya adalah kebetulan, amin.
Baiklah, berikut adalah Ciri Ciri Mengidap Penyakit Kencing
Manis:
Cepat penat
Maksudnya cepat penat walaupun tidak melakukan apa-apa kerja
berat. Jika anda mengalami symptom ini, adalah baiknya buat pemeriksaan segera.
Turun berat badan secara tiba-tiba.
Jika berat badan turun secara drastic dan tidak diketahui
sebabnya, anda berkemungkinan mengidap penyakit kencing manis.
Cepat rasa haus.
Dah minum banyak air, tapi masih lagi rasa haus yang teramat
juga adalah salah satu ciri mereka yang mengidap penyakit kencing manis.
Kerap kencing.
Kerap kencing ni bermaksud, tempoh masa selepas buang air
kencing dan kemudiannya adalah singkat. Baru je buang air kecil dah nak kencing
lagi. Ini bermaksud kandungan gula di dalam badan adalah tinggi dan menyebabkan
buah pinggang menjadi lebih aktif.
Luka lambat sembuh.
Ini di antara ciri-ciri yang paling kuat pada mereka yang
mengidap penyakit kencing manis. Luka kecil tapi lambat sembuh malahan boleh
merebak menjadi lebih besar.
Ubat Kencing Manis
Cara Tradisional.
Aku pasti ramai yang lebih gemarkan cara pengubatan
traditional. Jadinya, aku kongsikan beberapa cara bagi mengubati kencing manis
secara tradisional.
Daun sirih.
Ambil 10 helai daun sirih dan 5 ulas bawang merah. Rebus dengan
2 gelas air dan sejukkan. Kemudian tapiskan air rebusan tersebut dan minum
setiap pagi dan petang.
Buah petai.
Ambil 5 keping buah petai dan rebus hingga empuk. Amalkan meminumnya
sehari sekali *hmm, pernah dengar dulu, orang nak buat jus petai* hahaha. Macam Manalah rasanya kan? Hahaha.
Kulit jering.
Rebus kulit jering hingga keluar air kelatnya. Biarkan sejuk
dan minum setengah gelas setiap hari.
Peria.
Rebus peria dan tapis airnya dan minum segelas sehari. Nak lagi
feel, kisarkan dan buat jus. Wahh!
Baiklah. Inilah serba sedikit Punca sebenar penyakit kencing manis dan Ubat Kencing Manis Cara Tradisional yang dapat aku kongsikan. Ada orang
cakap, kalau dah ditakdirkan kita terkena sesuatu tu, dah tak boleh nak buat
apa la. Yang sebenarnya salah ya. kita kena usaha. Biarlah kita tahu
pengakhirannya, janganlah sesekali kita berhenti berusaha. Semoga perkongsian
ini memberi manfaat pada semua. Amin.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com