Berpeluang untuk memenangi hadiah beg tangan berjenama.

April 14, 2016
http://ceritaejoy.blogspot.my/

Berpeluang untuk memenangi hadiah beg tangan berjenama|Terus viral mengenai kisah mereka yang kongsikan gambar yang dikatakan di post oleh Dato vida, yang mana mereka berpeluang untuk memenangi 1 beg tangan berjenama LV! Wow! Mahal tu! Confirm Lah mereka yang lihat post tu, akan terus sharekan di laman sosial masing-masing.

Bukan itu sahaja, dekat whatsapp pun kecoh juga. Sebab ada rakan-rakan yang berceritakan pasal benda tu. Tak kurang juga, mereka yang mencari post itu dengan tujuan nak share juga. Yelah, kata mereka, kalau nasib baik, dapat lah beg LV tu. Nak beli mahal, kalau nak kumpul duit, lama. Lepas tu, kalau dah kumpul, mesti terfikir, adalah lebih baik gunakan untuk perkara yang lebih berfaedah. Kan?

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Selepas ramai yang kongsikan gambar tu, Dato Vida muncul memberi penjelasan sebenar. Katanya itu adalah akaun FAKE! Hahaha. Mesti ramai yang kecewa kan? Yelah, dah berdoa bagai, minta-minta menang beg, sekali akaun fake daa! Eleh, jangan cakap tak da yang berdoa ya! Mesti ada punya. Beg LV tu, bukan beg plastic yang tak dibenarkan pakai lagi sekarang ni. Ulps! Hehehe.

Selepas viral nya kisah beg LV ni, ala, malaysia kan, mesti ada “kesinambungan” daripada cerita ni. Dan salah satunya adalah beg plastic dengan tulisan tangan LV! Hahaha. Itu pada aku paling win! Dan percayalah, gambar itu juga semakin banyak dikongsikan di laman sosial. Hahaha.


Itulah, aku bukanlah nak kata apa. Kadang-kadang benda macam ni, burukkan perkara lain. Ada yang betul dekat FB tu. Kita share post atau gambar dan berpeluang memenangi hadiah. Tapi selepas daripada kes ni, mesti ramai yang akan rasa was-was. Yelah, betul ke share sesuatu perkara tu boleh menang hadiah? Kan?


Apa pun, mereka yang buat fake akaun tu, mungkin ada sebab yang tersendiri. Mungkin mereka nak seronok-seronok je kenakan orang. Mungkin sebab mereka dah tahu sifat orang malaysia ni. Tapi pada aku, tak baiklah kenakan orang macam tu, kan? Lepas tu, kaitkan dengan nama Dato vida. Adoi. Kesian kat dia kan? Hehehe.

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.