Air di Alor gajah Melaka berbau sangat busuk seperti najis.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Air di Alor gajah Melaka berbau sangat busuk seperti najis|Sekarang ni, menjadi isu yang sangat hangat bagi warga alor gajah Melaka. Manakan tidak, air yang disalurkan ke rumah, berbau sangat busuk! Seperti bau najis! Dan percaya atau tidak, selepas mandi, dan dah bersihkan seluruh badan, bau nya masih melekat di badan! Dan terasa sangat melekit!

Mengikut perkongsian yang tersebar di aplikasi whatsapp, pihak Samb Melaka, telah pun mengeluarkan notis mengenai simpanan di tangki air yang ditutup sementara bagi operasi pembersihan bagi persediaan untuk menyambut bulan Ramadan. Secara logik nya, kenapa sekarang baru nak bersihkan? Kenapa tahun-tahun sebelum ini takda pun operasi pembersihan tangki?

Dan daripada situ, mereka menggunakan air yang tidak dirawat, dan di salurkan ke rumah-rumah sekitar alor gajah Melaka.  Dan ada yang mengatakan, air yang digunakan adalah air sungai!! Biar betul?? Bayangkan kalau ada keluarga yang menggunakan air paip sebagai air minuman? Tidakkah mereka berisiko terkena penyakit?


Bandar teknologi hijau pada aku masih belum boleh digunakan sepenuhnya. Sebabnya isu air inilah. Berpuluh tahun aku tinggal di alor gajah ni, baru sekarang ada isu air busuk ni! Terlalu busuk sehinggakan 1 rumah boleh bau. Ada pula berita yang tersebar, katanya air yang disalurkan ke rumah ini telah tercemar dengan air buangan dari kolam ikan!

Tercemar dengan air buangan dari kolam ikan? Bayangkan, busuk sangatkah air ikan tu? Besar sangatkah kolam ikan tu hingga boleh menjejaskan keseluruhan penduduk alor gajah Melaka? Kemudian, benarkah tercemar dengan bahan buangan dari kolam ikan? Jika benar, takkan sampai melekat baunya di badan? Sungguh melekat! Aku berulang kali basuh tubuh aku dengan sabun! Busuk!

Mengikut kata-kata orang dekat sini, kejadian air busuk ini akan berlarutan selama 2 hari! Ini bermakna, penduduk alor gajah terpaksa berhadapan dengan air busuk selama 2 hari?? Bayangkan kalau mereka yang takda rumah saudara terdekat di Melaka? Hidup hanya di alor gajah? Ini bermakna, mereka terpaksa gunakan air busuk ini lah?

Mengikut bacaan di media sosial, pihak Samb Melaka telah pun memberikan notis mengenai masalah ini. Persoalannya sekarang, pada siapa notis ini di beri? Aku penduduk alor gajah Melaka, takda terima notis pun? Katanya di beri pada JKKK, tanya JKKK pun mereka tak tahu. Adoi! Apa pun, aku berharap, isu ini diselesaikan dengan segera.


Air ni, kegunaan utama semua orang. Tiada air, kehidupan rasa cam tak sempurna. Lagipun ianya bukan nya percuma. Dan aku sangat-sangat berharap, yang ada jawapan yang sangat kukuh, atau ada jawapan sebenar kenapa Air di Alor gajah Melaka berbau sangat busuk seperti najis. Tolonglah kami, berikan kami air yang bersih.

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.