Yang paling dekat itulah musuh sebenar.
Yang paling dekat itulah musuh sebenar | Lama aku simpan
nafsu amarah dalam diri aku ni. Berpuluh tahun lamanya. Tapi aku sendiri tak
pasti, sampai bila aku perlu simpan dan terus simpan. Punca aku menjadi semacam
ini adalah disebabkan oleh “saudara mara” terdekat sebelah ayah aku. Pernah dengar
peribahasa Api Dalam Sekam? Ha, itulah ayat yang paling baik bagi merujuk
kepada sifat-sifat “saudara mara” aku ni!
Ayah aku anak sulung. Mereka Cuma 3 beradik. No 2 perempuan
dan no 3 lelaki. Ayah aku seorang bekas tentera berpangkat pegawai waran II. Bila
sebut bekas askar, mestilah ada duit pencen kan? Ceritaejoy macam ni, keluarga
ayah aku ada sebidang tanah nun kat utara sana. Dan kini adik beradik aku
menetap di sana, termasuklah ayah aku.
Tanah tu adalah peninggalan arwah atuk aku pada ayah aku. Tapi
tanah tu ada 3 nama. Disebabkan ada 3 nama, adik beradik dia, yang 2 orang tu, nak
juallah tanah tu. Cerita ni selepas berbelas tahun keluarga aku tinggal dekat
tanah tu. Dan ayah aku ni, tak naklah tanah tu jadi milik orang lain,
memandangkan itu adalah tanah peninggalan arwah atuk.
Baca juga : Jika diberi peluang HOLIDAY dengan Selebriti terkenal, siapa yang aku pilih? Ini jawapan aku.
Dia pun “belilah” tanah tu dari adik bongsu dia dengan
jumlah 35K. Lupa nak beri tahu, tanah tu kecik je, tak pasti berapa luas, tapi
kecik lah. Jadinya, nilai RM35K tu pada aku terlalu tinggi! Lepas dah beri duit
tu, adik kedua dia pun nak jual jugak. Bahagian anak perempuan dalam harta
peninggalan ni sedikit berbanding anak lelaki. Itu yang ayah aku beritahulah. Mungkin
berbeza bagi orang lain.
Lepas dah dapat tahu, adik bongsu dia dapat RM35K, dah dia
pun nak jual jugak. Bahagian tanah dia lebih kecil daripada adik yang bongsu
ni. Dan dia mintak pada ayah aku RM15K.
Dan aku sangat pasti, ayah aku berikan dia dengan jumlah tu. Yang menariknya,
bilamana ayah aku buat 1 surat perjanjian hitam putih mengenai jualan tanah ni,
masing-masing taknak sign!
Dan kini! Mereka datang kembali “menuntut” hak mereka!
Bayangkan ye, adik beradik tau, bukan orang lain. Mereka dah terima wang tu,
dan rasa aku, ianya sudah pun habis dibelanjakan, dan kini mereka datang kembali
meminta tanah mereka. Jika tak mahu bayar, mereka nak jualkan tanah tu. Dan aku
makin pelik dengan sikap ayah aku. Kenapa perlu dipertahankan semacam tu.
Banyak persoalan yang bermain dalam fikiran aku. Kenapa tak
PAKSA mereka turunkan tandatangan? Kalau tak mahu tandatangan, jangan beri
wang! Dan lihat apa yang jadi sekarang, mereka datang, tanpa ada perasaan malu,
minta wang! Aku pelik. Sungguh aku pelik! Adik beradik sendiri tau, bukan orang
lain.
Hebatnya lagi adik beradik ayah aku ni. Yang no 2 tu
perempuan. Adik ayah aku. Tapi suami dia yang lebih banyak bersuara mengenai
hal harta keluarga. Yang sepatutnya banyak bertanya adalah adik dia, bukannya
dia! Pelik betul aku dengan keluarga sebelah ayah aku ni. Yang takda kena
mengena yang melebih daripada yang sepatutnya.
Kalau sebelum ni, cerita semacam ni, aku lebih banyak
berbual dengan arwah ibu aku, tapi sekarang, aku dah tak tahu dekat mana nak
cerita. Jadinya, aku cerita sahaja dalam blog ceritaejoy. Sungguh aku pelik. Manusia
ni kan, rambut sahaja hitam, tapi hati lain-lain. Kita nampak mereka normal
dari luar, tapi sebaliknya bila kenal diri mereka sebenar-benar kenal. 1 masa
nanti, aku yang akan mengambil alih segala tugas yang ada. Dan aku pulak yang
akan memikul masalah ini. Semoga Allah tunjukkan aku jalan penyelesaian kepada
masalah aku ini. Amin.
kalau pasal tanah memang boleh gaduh. banyakkan bersabar puan, insyaAllah selesailah cara elok atau terbaik.
BalasPadamsaya tuan bukan puan..hehehhe
Padamsewajarnya rujuk pada pejabat tanah berhampiran...lazimnya pejabat tanah yang akan buat tafsiran harga yang sepatutnya dibayar kepada pemilik yang hendak menjual bahagiannya kepada orang lain(adik beradik/orang lain)..kemudian angkat sumpah persetujuan..setelah selesai bayar,proses potong nama dan tukar milik akan dilakukan...
BalasPadambetul tu..tapi dalam kes ni, memang nampak mereka nak ambil kesempatan..sebabnya surat hitam putih dah buat, tapi mereka taknak sign..jadi nampak dekat situ, ada benda yang tak kena.hmm
PadamKena hati2 ye. Nanti kena tikam belakang habis lah.
BalasPadamAksesori GoPro, Xiaomi Yi, SJCAM untuk dijual - klik sini
Saya sangat setuju ngan anda.. Perkara begini dah selalu terjadi pada saya sekeluarga.. Saya jenis yg suka bersangka baik ngan orang terdekat dan adik beradik tapi seringkali ditikam dari belakang.. Bila berkumpul sesama adik beradik dan saudara mara, saya sangat seronok.. tapi rupanya kita dijadikan umpatan sesama mereka.. Dah lama saya dan suami berdiam diri dan bersabar.. Sekarang saya mengambil pendekatan jarakkan diri saya sekeluarga dari mereka2 yang hipokrit dan ibarat gunting dalam lipatan.. Hidup saya dan keluarga lebih tenang kini.. Biar mereka nak mencaci atau menghina saya tak peduli yang penting hidup kami suami isteri lebih tenang dan gembira bersama anak-anak.. Kadang2 orang yang paling dekat ngan kitalah yang menjadi penyebab hidup kita huru hara.. Bila di depan manis mulut, tapi di belakang diumpat dan dikeji.. Sampainya hati darah dagingku..
BalasPadam