Pengguna mengamuk bil TNB tak masuk akal.
Pengguna mengamuk bil TNB tak masuk akal|Macam-macam kes
viral sekarang ni, belum habis cerita pasal Budak Kena Patuk Ular yang akhirnya
meragut nyawanya, timbul pula kes Bil Tnb Mahal dan naik 2 hingga 3 kali ganda!
Wow! Dan alasan yang diberikan pihak TNB *mengikut apa yang aku baca di laman
sosial* adalah kerana Fenomena El Nino Dan Gelombang Haba yang sedang melanda
malaysia ketika ini.
Bayangkan, daripada gambar yang dikongsikan di laman sosial
Facebook, ada yang menunjukkan peningkatan yang seperti tak masuk akal! Penggunaan
masih sama seperti sebelum ini, tetapi bayarannya berbeza. Kalau sebelum ini
bil elektrik nya Cuma dalam puluh-puluh, tapi kini menjadi ratus-ratus! Ada yang
sampai RM500 lebih pun ada!
Laman facebook Tnb Malaysia dilihat penuh dengan komen-komen
yang menanyakan samada adakah benar Tarif Elektrik Naik lagi? Jika benar, maka
kita semua terpaksa menempuh 1 lagi cabaran hidup yang getir! Belanja bulanan
perlu di tambah 2 hingga 3 kali ganda! Kalau sebelum ni, kita Cuma letak
belanja untuk bayar bil elektrik Cuma RM100 sebulan. Tapi kalau dah bil kena
sampai RM200 lebih, dah tentulah kita kena memperuntukkan belanja untuk bil
RM300 kan? Betul tak?
[Ceritaejoy] 8 Kelebihan BELI Kereta Besar!
Aku sebenarnya masih kurang pasti lagi dengan cerita ni. Sebabnya,
aku masih belum menerima bil elektrik bagi bulan ini. Tetapi, jika aku juga
menerima jumlah yang tidak masuk akal, sudah tentu aku juga tergolong dalam Pengguna mengamuk bil TNB tak masuk akal. Yelah, semua pun dah sedia maklum dengan Cabaran
Kenaikan Kos Sara Hidup Di Malaysia sekarang ni, takkan nak tambah dengan kenaikan bil elektrik pulak kan?
Kalau benar, bil elektrik naik mendadak macam ni, rakyat
sederhana dan bawahan bukan perlu buat 2 kerja sahaja, malah lebih daripada
itu! Dan bagi mereka yang suka pilih jalan mudah, akan buat sesuatu yang
melanggar peraturan! Tidakkah ianya membebankan?
Aku Cuma berharap, ada penjelasan yang jelas daripada pihak
TNB Malaysia mengenai isu Bil Elektrik Mahal ni. Cukuplah dengan beban yang
kami hadapi sekarang. Usahlah di tambah lagi dengan beban hidup yang baru. Semoga
kita semua, hidup dalam aman dan sentosa. Amin.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com