Cerita sebenar jenazah murid di patuk ular hidup semula.

April 20, 2016
http://ceritaejoy.blogspot.my/

Cerita sebenar jenazah murid di patuk ular hidup semula|Semalam, viral mengenai kisah seorang murid darjah 1, yang maut di patuk ular sewaktu berada di dalam sekolah. Aku yang mempunyai 2 orang anak ni, tak tahu, tak tergambar perasaan ketika melihat wajah arwah adik Nuri Nadirah Ruslan tu. Ketika cerita murid maut di patuk ular ni masih viral, muncul pula sekeping kertas yang ditulis arwah untuk menyatakan kerinduan pada ayahnya.

Dan aku sekali lagi tersentuh hati melihat nya. Aku faham kerinduan seorang anak tu pada ayahnya. Sama halnya dengan anak-anak aku. Walaupun aku kerap pulang lewat malam akibat daripada kesibukan kerja, tapi mereka tetap juga menunggu. Allahurabbi.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Dalam pada itu, wujud cerita yang kononnya, arwah adik Nuri Nadirah Ruslan, hidup kembali. Ini adalah disebabkan, sewaktu urusan mengkafankan, jenazah dikatakan telah tersedu sebanyak 2 kali. Akibat daripada situ, ada beberapa orang yang berusaha melihat kembali jenazah. Dan ada daripada mereka yang berkata, jenazah berada di dalam koma.



Oleh sebab itulah, wujud cerita jenazah pelajar yang maut di patuk ular ini masih hidup dan ianya kembali viral! Ini ada yang orang kongsikan. Namun Cerita sebenar jenazah murid di patuk ular hidup semula itu ditentang sekeras-kerasnya oleh ayah beliau melalui perkongsian di facebook ayahnya.

http://ceritaejoy.blogspot.my/
http://ceritaejoy.blogspot.my/

Ini adalah penjelasan daripada ayah arwah dan Cerita sebenar jenazah murid di patuk ular hidup semula. Diharapkan dengan penerangan ini, kita berhentilah dari menyebarkan berita yang tak betul tu. Kesian Lah pada keluarga arwah yang kehilangan anak kesayangan mereka tu. Adalah lebih baik, kita sedekahkan pahala doa kepada arwah. Amin ya rabbal alamin.

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.