Impian untuk memiliki kamera terbaik.
Impian untuk memiliki
kamera terbaik|Aku masih mencari-cari kamera untuk kegunaan peribadi aku.
Juga dalam menghasilkan sesuatu untuk blog ceritaejoy. Seorang teman
memberitahu aku sebuah kamera “kecil” tapi mampu menghasilkan gambar yang
sangat superb! Jadi, mari berkenalan dengan Kamera Leica!
Bagi mereka yang tak tahu dan baru pertama kali mendengar
mengenai kamera ini *termasuklah aku*, Kamera
Leica Adalah jenama kamera yang dihasilkan oleh syarikat Jerman. Dalam
sejarahnya, syarikat yang menghasilkan kamera ini dulunya bernama Optische
Institut von Ernst Leitz of Wetzlar dan ditubuhkan pada tahun 1869 khusus untuk
menghasilkan mikroskop.
Pada tahun 1911, seorang jurugambar dan ahli optik bernama
Oskar Barnak yang bekerja di syarikat tersebut telah berjaya menghasilkan
kamera mudah alih Leica pertama yang merupakan paling awal dari pembuatan
kamera 35mm. Produk kamera pertama yang dilancarkan syarikat ini disebut
Ur-Leica, di mana Ur bermaksud asli atau prototaip dan Leica dari singkatan
Leitz Camera.
Kamera Leica Termahal.
Perkara pertama apabila aku mendapat tahu mengenai sesebuah
kamera itu adalah, Mencari berapakah harga nya. Ternyata! Ianyanya tidaklah
semurah yang aku sangka. Dan jangan ada yang tanya, Kamera Leica Paling Murah sebabnya korang tak akan jumpa. Tak percaya,
cuba korang cari dekat mudah.com. Dan tengok harga nya, adoi!
Tetapi, bila melihat pada harganya yang mahal, sudah pasti
ianya mampu memberikan yang terbaik daripada yang terbaik. Betul tak? Tak kanlah
kita beli kamera mahal-mahal, tetapi kualitinya cap ayam? Mustahil lah kan? Jadi,
boleh aku katakan, Kamera Leica di antara
yang kamera Terbaik!
Kamera Leica
Mirrorless.
Dulu, aku cukup suka dengan DSLR. Lagi gabak, lagi aku suka.
Kena pulak yang pakai lens panjang-panjang tu. Uish! Dah macam bawa senjata nak
pergi perang je. Tapi disebabkan masa berlalu, minat aku pun makin berkurang
pada kamera besar-besar ni. Maka, minat pun beralih pada kamera mirrorless.
Kenapa aku suka kamera mirrorless? Salah satu sebab nya adalah, ianya ringan dah mudah untuk di bawa kemana-mana. Bukanlah kata kamera
DSLR tu tak boleh bawa jalan-jalan. Tapi aku pasti berhadapan dengan masalah
ruangan dalam beg kalau bawa kamera besar-besar. Jadi penyelesaiannya adalah Kamera Leica Mirrorless.
Jangan ada yang tak tahu ya, walaupun ianya kecil, kualiti
gambar yang dihasilkan adalah sama hebat dengan kamera DSLR. Atas alasan
itulah, harganya adalah sama mahal dengan kamera-kamera gabak yang lain. Amacam?
Kamera Leica Untuk
Pemula.
Ok, sekarang, siapa yang berminat nak memiliki kamera ini?
Jika berkemampuan, apa salahnya kan? Hehe. Bagi mereka yang baru ingin
berjinak-jinak menggunakan kamera ini, model permulaan yang paling sesuai bagi
anda adalah Leica M 240 dan Leica X Vario.
Model ini aku sendiri pun tak pernah dengar sebelum ni. Aku baca
dari blog rakan Indonesia. Walaupun ianya adalah di dalam kategori permulaan, tapi harganya masih boleh tahan. Sebab tu lah aku cakap, Kamera Leica ni
antara yang termahal tadi. Waaa! Sedihnya!
Tapi kan, kalau kualiti gambar yang diberikan kamera ini,
adalah kualiti yang terbaik daripada yang terbaik, apalah nilai nya belasan dan
puluhan ribu kan? Silap-silap, gambar yang dihasilkan itu lebih mahal daripada
kamera korang.
Orait! Yang check tabung kamera aku ni. Nak tengok dah
berapa simpanan ni. Kalau belum cukup, kena fikir kan macam mana nak tambah lagi
simpanan tu. Dah jumpa yang terbaik, harga pulak kurang terbaik bagi aku.
hahahaha! Semoga aku dan kalian semua berjaya dalam apa jua bidang yang
diceburi ya! Dan semoga aku akhirnya berjaya beroleh sebuah Kamera Leica Mirrorless!
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com