Kerja Jaga Kerja Yang Mulia.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Kerja Jaga Kerja Yang Mulia|Zaman sekarang ni, 1 zaman yang boleh dikatakan tak boleh pilih kerja. Sebabnya? Bukan sebab peluang pekerjaan tu tiada, tapi disebabkan oleh mereka yang terlalu memilih kerja dan “peluang” yang kurang. Bila sebut pasal peluang pekerjaan, semua pun dah tahu, majikan sekarang lebih gemar memilih pekerja asing. Mengenai mereka yang memilih kerja pula, adalah mereka yang mempunyai sijil yang “mahal” dan sentiasa mengharapkan pekerjaan dengan gaji yang besar.

Orait! Kerja Jaga Kerja Yang Mulia. Jangan ada yang tak tahu ya, ada orang yang memandang rendah kepada mereka yang bekerja sebagai jaga atau pengawal keselamatan ni. Bagi mereka, pekerjaan ini “ low class”. Sungguh! Aku pernah dengar seorang rakan aku, ada orang tawarkan beliau kerja sebagai jaga, tahu apa ayat yang keluar dari mulut dia?

Apa barang kerja Jaga! Kerja jaga ni untuk mereka yang takda kelulusan pelajaran je

Hmm? Untuk mereka yang takda kelulusan pelajaran? Kenapa? Hina sangat ke kerja jaga ni? Mereka bukan mencuri pun. Tak mengganggu orang pun. Gaji mereka pun bukan rendah. Beribu juga! Tapi kenapa ada yang pandang rendah pada pekerjaan ini?


Atas sebab ramai orang yang berfikiran macam inilah, majikan mengambil pekerja asing bekerja sebagai jaga atau pengawal keselamatan ni. Lepas tu, ada pula yang marah-marah mereka ni kalau ada dari  mereka yang menjalankan tugas mereka. Adoi. Makin tak faham aku.

Pada aku mudah je. Apa pun kerja, kalau ianya berkat, tiada hinanya pekerjaan tu. Lagi pulak kalau niat nak sara keluarga. Kerjalah apa pun asalkan jangan mencuri. Tak perlulah nak memilih kerja. Sebabnya, pasal memilih kerja itulah, ramai yang tak ada kerja ataupun menganggur! Oleh yang demikian, janganlah menghina mereka yang berkerja jaga ni, sebab nya Kerja Jaga Kerja Yang Mulia.



Orait! Belanja lirik lagu Khalifah yang terbaru, Hang Pi Mana.

Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana

Pagi pagi buta
Mak dan ayah dah tanya
Aku nak kemana

Berseluar yankee
Baju bunga bunga
Duduk atas tangga

Ai malu nak kata
Takkan ku nak auta
Mak ayah tercinta

Cek nak pi kerja
Insyaallah
Bukan nak pi mana

Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana

Pergi sekolah
Bukan cikgu di sana
Baju bunga bunga
Bukan tukang kebun juga

Mak ayah tanya
Cek pi buat kerja apa
Malu nak kata
Nanti apa tau juga

Anak anak mak ayah bukan tanya tanya saja
Depa tanya p mana bukan mintak duit kita
Malu apa janji kerja janji tidak buat dosa
Memang cek nak habaq tunggu lepas solo gitar

Cek pi sekolah
Memang kerja di sana
Kerja duduk saja
Sambil tengok sini sana

Kerja mulia
Bukan cek buat dosa
Gaji sederhana
Kerja jadi JAGA saja

Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana

2 ulasan:

  1. hang pi mana..tak pi mana aih..mai jengok belog hang la lani..hihihi..nice jot awakkk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha? hahaha..terima kasih sudi mai belog saya ya..hehehe

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.