Apa itu Earth Day?

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Apa itu Earth Day?| Earth Day atau hari bumi di sambut setiap 22 April setiap tahun. Mengikut bacaan aku, hari bumi ini mula di sambut secara rasmi pada tahun 1970 tetapi mendapat sambutan dunia pada tahun 2008 *jika info aku salah, tolong betulkan ya*. Hari ini adalah sambutan Earth Day 2016. Apa yang kita perlu lakukan sebagai sokongan kepada hari bumi ini?

Earth Day Activities

Melihat kembali kepada keadaan bumi kita yang semakin panas. Dan malaysia juga kini sedang menghadapi Fenomena El Nino Dan Gelombang Haba. Yang memperlihatkan Bil Tnb Mahal dan tinggi. Kita seharusnya menyokong Earth Day Activities. Orait apa yang perlu kita lakukan?


Ada banyak aktiviti yang boleh kita lakukan sebagai sokongan kita kepada Earth Day 2016 ini. Di antara Earth Day 2016 Activities adalah:

Kitar semula (Recycle)

Kerajaan malaysia kini telah mula melaksanakan aktiviti kitar semula melalui pembuangan sampah di rumah. Kenal pasti apakah barang yang boleh di kitar semula. Kita juga boleh menghias tong kitar semula sebagai sokongan kepada Earth Day 2016.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Tanam pokok (Plant a tree)

Ini adalah satu aktiviti Earth Day 2016 yang paling menyeronokkan dan cara yang mudah dan berkesan untuk meraikan alam semulajadi. Bumi sihat, rumah kita juga “segar”. Hehe.

Kurang makan daging (Eat less meat)

Industri daging bertanggungjawab untuk kira-kira 20 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau di dunia, dan dengan lebih ramai orang makan daging setiap tahun, industri ini semakin berkembang. Tetapi ini tidak bermakna anda perlu menjadi vegetarian. Dengan menghadkan pengambilan daging kepada satu hari seminggu,kitaa boleh membantu menghadkan jumlah yang diperlukan di seluruh dunia dan mengurangkan kesan karbon kepada diri sendiri.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Buat taman kecil di rumah (Make a garden)

Sama ada kita menanam bunga, sayur-sayuran atau buah-buahan, ini adalah cara yang menyeronokkan untuk meraikan Earth Day 2016 dan menikmati makanan yang baik darinya.

Belajar mengenali bumi (Learn about the Earth)

Ambil masa untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang berlaku dengan Bumi dan bagaimana perubahan iklim menjejaskan planet kita. Ini boleh menjadi satu cara yang baik untuk menambah nilai pendidikan untuk sambutan Earth Day 2016.


Yang sebenarnya, aktiviti-aktiviti seperti ini sangat mudah untuk dilakukan. Namun kita sering terlepas pandang sehinggalah ianya memberi kesan kepada bumi kita. Oleh yang demikian, sambutan Earth Day 2016 adalah satu aktiviti terbaik di dalam mengajak semua orang kembali menjaga bumi kita dan menyedarkan kita semua daripada “tidur” yang mana boleh mengakibatkan sesuatu yang lebih buruk lagi. Oleh yang demikian, aku ingin mengajak semua menjayakan aktiviti sihat ini bagi kesejahteraan semua. Ayuh jayakannya!

1 ulasan:

  1. terbaik.....
    salah satu langkah terbaik bagi mengurangkan pemanasan global

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.