"Rahmat" di sebalik kejatuhan ringgit (Malaysian Ringgit Currency Drop).
"Rahmat" di sebalik kejatuhan ringgit (Malaysian
Ringgit Currency Drop)|Ringgit masih belum menunjukkan tanda-tanda naik
kembali. Kalau kita tengok nilai pertukaran Malaysian Ringgit To Usd hari ini, bertarikh 26 April 2016, USD1
bersamaan dengan MYR3.93! Satu jumlah yang tinggi pada semua orang! Namun,
tahukah anda semua, di dalam keluhan ramai orang, terdapat beberapa kelompok
manusia yang bergembira dengan nilai pertukaran ini?
Siapa yang aku maksudkan? Mereka adalah kelompok mereka yang
Buat Duit Usd Online! Dan bila kita
sebut Buat Duit Usd ni, perkara pertama yang terlintas di fikiran kita adalah, Buat
Duit Dengan Adsense ataupun dengan lebih tepat lagi google adsense.
Macam Mana Nak Buat Duit Dengan Adsense?
Adsense ni macam 1 lubuk wang paling utama bagi para
blogger. Tanyalah pada mana-mana blogger pun, semua mesti nak ada adsense kan? Tapi
tahukah anda, bukan mudah nak dapatkan Akaun Google Adsense. Blog ceritaejoy
sendiri pun, di reject sebanyak 8 Kali! Ya! 8 kali blog ini di tolak
permohonannya dan percayakah anda, sehingga ke hari ini, nilai wang di dalam
akaun adsense aku Cuma bernilai USD1.15. Sedihnya.
*Nilai terkini selepas cashout awal bulan april hari tu. Blog semput-semput macam ceritaejoy ni, jumlahnya pun semputlah kan, kalau blog hebat, hebat juga lah nilainya kan?*
Walau macam mana pun, aku tak lah terus putus asa dalam usaha
aku untuk Buat Duit Usd Online ni. Alhamdulilah,
Allah tunjukkan aku jalan lain untuk buat duit USD ni. Dan aku sudahpun berjaya memperolehi wang pertama aku, dalam jumlah USD!
Dan atas alasan itulah, aku tulis entry ini, "Rahmat" di sebalik kejatuhan
ringgit. Sebabnya mudah sahaja. Bayangkan kita buat Buat Duit Dengan Blog dan bayaran nya adalah di dalam USD. Nilai
semasa korang nak “cashout” adalah USD10. Kalau melihat kepada nilai pertukaran
hari ini, USD10 adalah bersamaan dengan MYR 39.35.
Bayangkan pula kalau nilai ringgit jatuh kepada
MYR4.00=USD1. Nilai wang anda akan berganda kepada nilai yang lebih besar! Ini adalah
suatu yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang Buat Duit Usd Online ni. Namun, di sebalik keseronokan mereka,
ramai juga yang terkesan dengan
kejatuhan ringgit ini. Sebagai contoh terdekat, diri aku sendiri.
* Nilai semput-semput akaun adsense ceritaejoy. huaaaa *
Masih aku teringat, waktu aku di hantar bekerja di Thailand.
Sewaktu buat pertukaran nilai matawang dari ringgit ke bhat, aku kerugian
hampir MYR400! Memang rasa sakit hati sangat time tu. Namun, kemanalah rasa
sakit hati tu, kerana aku perlu juga “berhadapan” dengan nya. Dan atas alasan
itulah, aku berusaha untuk belajar Buat
Duit Usd Online ni.
Semuanya adalah disebabkan, aku teringat akan tulisan
seseorang di dalam buku tulisannya:
“ Janganlah kita melihat sesuatu masalah itu sebagai 1
masalah. Cuba melihat sesuatu yang berharga pada setiap masalah yang datang. Dan
akhirnya, kita akan merasa berjaya ketika saat orang lain berduka”.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com