Al-fatihah : Mr Os telah kembali ke rahmatullah.

April 08, 2016
http://ceritaejoy.blogspot.my/

Al-fatihah : Mr Os telah kembali ke rahmatullah. Baru sekejap tadi, duduk minum-minum dengan kawan-kawan. Dalam pada duk berbual tu, seorang rakan tunjukkan cerita di handphone beliau mengenai kematian seorang pelawak lagenda malaysia iaitu Mr Os atau nama sebenarnya, Mohd. Yusof Abdul Hamid. Rata-rata daripada kami sememangnya tidak percaya kerana pernah suatu masa dulu, viral juga kes kematian pelawak ini.

Namun setelah membaca berita yang dikongsikan oleh anak arwah dan juga cerita di media massa, kami akhirnya percaya juga dengan berita kematian pelawak lagenda malaysia ini, Mr Os. Allahyarham berasal dari Kuala Kangsar Perak. Arwah dikatakan meninggal akibat daripada penyakit kanser paru-paru yang dihidapinya.


Benarlah. Kita hanyalah manusia yang diciptakan Oleh Allah dan akhirnya akan kembali kepada penciptanya. Setiap yang hidup pasti akan bertemu dengan kematian. Marilah kita semua menyedekahkan Al-fatihah kepada Arwah Mr Os dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.


Lagi berita penuh: Sumber daripada mstar.com.

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid meninggal dunia kira-kira pukul 2.50 petang Jumaat di Hospital Selayang dekat sini akibat kanser paru-paru.

Anaknya, Mohd Hafizul Mohd Yusof, 20, berkata, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak Isnin lalu selepas lemah dan sesak nafas.

"Ayah sakit teruk sejak Isnin lalu dan di rawat di Hospital Selayang, namun ketika itu dia masih boleh bercakap sehinggalah pagi tadi.

"Pagi tadi dia kelihatan betul-betul lemah dan hanya boleh angguk dan geleng sahaja," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini Jumaat.

Tambah Mohd Hafizul, sejak beberapa minggu Allahyarham lemah dan tidak dapat bekerja seperti biasa.

Malah sebelum menghembuskan nafas terakhir, dia sempat berpesan agar anak-anaknya sentiasa ingat pada Allah dan menutup aurat.

"Dia nampak tenat beberapa minggu ini dan lemah kerana kanser paru-paru yang dihadapinya itu. Sebelum meninggal banyak pesanan yang diberikan kepada kami adik beradaik terutamanya berkenaan agama," ujarnya.


Os (kiri) bersama Abon dalam Maharaja Lawak Mega 2011

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang di kediamannya di Gombak dan di kebumikan di Tanah PerkuburanIslam Bukit Permata petang Jumaat.

Mr Os atau Mohd Yusuf memulakan kerjaya sebagai pelakon filem pada tahun 1986 menerusi filem Balik Kampung.

Setahun kemudian beliau diberikan kepercayaan untuk memegang watak utama dalam filem Mr Os dan ketika zaman kemuncaknya, beliau sering digandingkan dengan pelawak Sheila Rusly, Salih Yaakob dan Datuk Aziz Sattar.

Pada tahun 1988, beliau bersama-sama Hussein Abu Hassan, Puteri Salbiah dan Latif Ibrahim telah membintangi sebuah filem seram Indonesia bertajuk Bisikan Arwah.

Pada tahun 1990, beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM) di Festival Filem Malaysia ke-9 menerusi lakonan berkesannya sebagai pemuda autisme dalam filem Adik. 

Beliau juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik sebanyak dua kali di FFM iaitu menerusi filem Mr.Os (1987) dan Ghazal Untuk Rabiah (1997).

Menerusi rancangan Maharaja Lawak Mega 2011, Os yang bergandingan dengan Abon sebagai kumpulan Osbon menjuarai rancangan itu dan memenangi wang tunai RM350,000.

2 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.