Jangan melancong ke Negara Indonesia!
Jangan melancong ke Negara Indonesia! Negara Indonesia ataupun Republik Indonesia. Salah sebuah Negara daripada benua asia. Bagi mereka yang tidak tahu, Indonesia adalah Negara kepulauan terbesar di dunia dengan jumlah keseluruhan pulau sebanyak 13,466! Bayangkan ada 13 ribu lebih pulau di Indonesia! Wow! Indonesia merupakan Negara dengan kepadatan penduduk keempat paling ramai di dunia! *sumber Wikipedia*.
Baiklah. Kenapa aku cakap Jangan melancong ke Negara Indonesia? Jawapan Nya,
kerana korang akan terlalu kagum dengan pulau-pulau dan muka bumi di Indonesia! Terlalu
cantik! Pulau-pulau di Indonesia terlalu cantik! Air laut nya bersih. Malahan kampung-kampung nya juga bersih dan cantik! Beruntunglah warga Indonesia kerana dikurniakan dengan
bentuk muka bumi yang sungguh indah!
Aku memasang impian untuk sampai ke Negara Indonesia. Banyak
cerita-cerita menarik yang aku baca, samada dari blogger malaysia mahupun
blogger Indonesia sendiri mengenai lokasi-lokasi menarik yang ada di sana. Tidak hairan lah kenapa Indonesia menjadi pilihan utama pelancong dari malaysia mahupun luar Negara.
Baca juga : Kenapa aku nak sangat beli kereta SUV!
Aku suka dengan rekabentuk rumah di bali. Hinggakan aku
menginginkan 1 konsep bali di rumahku. insyaAllah, semoga Allah permudahkan
urusan ku itu. Tidaklah aku mengatakan Negaraku, malaysia tidak cantik. Tetapi,
inikan bumi Allah. Allah menjadikan bumi ini terlalu indah. Dan Indonesia
adalah sebuah Negara yang mana, dikurniakan bentuk muka bumi yang cukup indah. Sungguh
indah.
Baru sekejap tadi, aku baca cerita seorang teman yang baru
pulang dari Indonesia. Gambar-gambar yang dikongsikan serta cerita yang
mengasyikkan, membuatkan semangat aku semakin kuat untuk sampai ke sana. Mengenai
tambang? Jangan risau, Airasia kan selalu mengadakan tambang murah? Cumanya masa
yang sesuai belum kunjung tiba. Hehehe.
Banyak lokasi menarik yang telah aku catatkan jika aku
berpeluang untuk sampai ke Negara Indonesia. Salah satunya dah tentulah bali. Aku
ingin melihat sendiri rekabentuk rumah di sana. Melihat melalui gambar memang
sangat berbeza jika dilihat dengan mata kasar. Corak budaya di sana juga adalah
1 pengalaman baru kepada setiap pengunjung yang tiba.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com