Bantulah Adik Nur Qisya Eryna semampu mungkin
Sumber : kelab kebajikan & Sukarelawan Sosial.
Bantulah Adik Nur
Qisya Eryna semampu mungkin. Kini viral di media sosial mengenai adik Qisha
yang mengalami masalah hati yang boleh dikatakan kronik pada mata aku! Mengikut
bacaan aku di FB, adik Qisya menghidap penyakit Biliary atresia. Ianya adalah
suatu keadaan yang boleh mengancam nyawa pada bayi di mana saluran hempedu di
dalam dan luar hati mengalami masalah bukaan yang tidak normal.
Apa itu Biliary atresia?
Sedikit informasi mengenai Biliary atresia. Saluran hempedu
di dalam hati, juga dikenali sebagai saluran hepatik, adalah tiub yang membawa
hempedu dari hati ke pundi hempedu untuk penyimpanan dan ke usus kecil untuk
digunakan dalam penghadaman. Hempedu ialah cecair yang dihasilkan oleh hati
yang mempunyai dua fungsi utama: membawa toksin dan bahan buangan di dalam
badan dan membantu tubuh mencerna lemak dan menyerap vitamin larut lemak A, D,
E, dan K.
Masalah Biliary atresia pula adalah satu keadaan di mana hempedu
menjadi terperangkap dan merosakkan hati. Kerosakan ini akan membawa kepada
parut, kehilangan tisu hati, dan sirosis. Sirosis adalah 1 keadaan hati yang
disebabkan oleh tisu parut dan kerosakan sel yang menjadikan ia sukar untuk
hati untuk membuang toksin daripada darah.
Bahan toksin terkumpul di dalam darah dan hati perlahan-lahan
merosot dan mengalami kerosakan. Tanpa rawatan, hati akhirnya gagal dan bayi memerlukan pemindahan hati untuk terus
hidup.
Ada 2 keadaan biliary atresia iaitu fetal & perinatal.
1) Fetal biliary atresia muncul semasa bayi masih di dalam
kandungan.
2) Perinatal biliary atresia pula adalah lebih biasa dan tidak
menjadi jelas sampai 2 hingga 4 minggu selepas kelahiran.
Dan bagi kes adik Qisya, dia di dalam kategori no 2 kerana
disahkan mengidap biliary atresia pada usia 100 hari dan melalui perkongsian di
FB, adik Qisya kini berumur 1 tahun 2 bulan. Mengikut pakar perubatan yang
merawat adik Qisya, hanya melalui pemindahan hati sahaja yang mampu
menyembuhkannya. Dan kos untuk perubatan ini bernilai RM160,000!
Benar! Jumlahnya adalah terlalu besar jika dikeluarkan oleh
hanya seorang. Namun, jika seorang daripada rakyat malaysia, hanya mengeluarkan
RM1, nilai yang terkumpul akan melebihi dari apa yang diperlukan! Tak usahlah
memikirkan dan mengharapkan orang-orang kaya dan orang atasan untuk turun
membantu.
Cukuplah kita hanya mengeluarkan barang RM1 Seorang untuk
membantu adik Qisya. Tak tertahan kita melihat derita yang ditanggung adik
Qisya. Tak mampu terfikir bagaimana perasaan ibu bapa Nur Qisya Eryna berhadapan dengan situasi ini. Dan untuk makluman, anak sulung kepada pasangan suami isteri ini telah pun meninggal semasa kecil.
Sedar dan buka mata serta hati. Usahlah difikirkan
tanggungjawab orang kaya. Cukuplah kita bersama-sama membantu Adik Qisya. Jika
nilai RM1 itu terlalu besar, besar juga lah harapan aku agar dapat di panjangkan
entry aku ini kepada mereka yang turut sama ingin membantu. Marilah kita
bersama-sama membina saham akhirat. Aku sertakan no Akaun ibunya untuk mereka yang ingin
menghulurkan sumbangan kepada Adik Qisya.
Sumbangan boleh di masukkan ke dalam akaun Cimb 7617609657
(SITI RODIAH BT MAT)
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com