Tidak perlulah sampai merantai.
Tidak perlulah sampai
merantai. Baru sekejap tadi aku baca berita mengenai seorang gadis yang
dirantai kakinya kerana sering bertindak agresif. Pada kita yang membacanya,
pasti meluap-luap perasaan marah, kenapa diperlakukan gadis itu seperti layaknya
hidupan selain manusia? Tetapi jika kita berada di tempat mereka yang
menjaganya, pasti punya jawapannya yang tersendiri.
Aku bersyukur kerana dikurniakan Allah dengan anak-anak yang
sempurna. Namun, sifat manusia itu pelbagai. Kerenah mereka di dalam
peningkatan usia, sedikit sebanyak mampu menaikkan kemarahan aku. Marahku pada
anak-anak aku Cuma seketika. Ini adalah kerana, aku juga pernah mengalami saat
yang sama seperti mereka. Jadi kenapa mungkin aku perlu memarahi mereka?
Dalam situasi mereka yang mempunyai anak yang istimewa,
perangai mereka sama sekali berbeza. Mereka lebih agresif! Agresif dari segi
perbuatan dan percakapan. Hinggakan ke tahap mencederakan. Tapi apakah itu satu
kelebihan kepada keluarga untuk melakukan sesuatu yang di luar jangkauan
manusia normal?
Baca juga : AirAsia lancarkan Pek Nilai Terbaru!
Ya! Pada aku itu tidak normal! Kenapa perlu melakukan mereka
seperti layaknya hidupan selain manusia? Dari apa yang aku baca, gadis ini
hanya dibiarkan tidur di atas tanah beralaskan plastic! Kenapa? Kenapa perlu
dilakukan seperti itu? Benar, aku tidak berada di tempat ahli keluarganya. Tetapi
mereka juga adalah makhluk Allah. Daripada terus disiksa seperti itu, kenapa
tidak diuruskan anak itu di tempat yang sepatutnya?
Aku memikirkan, perlu ada sesuatu langkah daripada pihak berwajib bagi menyelesaikan masalah ini. Perlu ada ruang atau tempat untuk
anak-anak istimewa seperti ini. Mereka juga berhak untuk hidup selesa di bumi
Allah. Mereka tidak di datangkan hanya sekadar membawa masalah kepada orang
yang menerimanya. Hadirnya mereka pasti membawa 1001 maksud dan tujuan.
Janganlah diperlakukan mereka seperti itu. Dan kita sebagai
manusia yang melihat dan mendengar, usahlah disebarkan gambar mahupun cerita
yang mungkin akan memburukkan lagi keadaan. Setiap yang berlaku, pasti ada
hikmahnya. Semoga dengan tersebarnya cerita ini, kehidupan gadis ini akan kembali sempurna dan diuruskan dengan lebih baik selepas ini. Amin.
rantai manusia tu macam tak kena pada mata bila melihatnya...
BalasPadamitulah..rasa sedih pulak bila tengok..rasa dia akan jadi lebih agresif bila kena rantai macam tu..macam memburukkan lagi keadaan..
Padam