Berani merubah kehidupan.
Berani merubah kehidupan. Biasanya ayat macam ni, digunakan oleh pakar-pakar motivasi kewangan dan perniagaan. Tapi ianya bukanlah milik multak individu kan? Jadinya, aku pun nak gunakan ayat semacam ini, sebagai merujuk kepada diri aku sendiri. Dalam dunia sekarang ni, boleh aku katakan, siapa lambat, dia tertinggal ke belakang, siapa cepat, dia berjaya.
Orang cakap, kalau kita makan gaji, kita tak akan berjaya. Hanya
berada di tampuk sama sampai bila-bila. Hanya dengan melangkah ke dalam dunia
perniagaan, barulah kita dapat merasai kehidupan dunia yang sebenar. Masalah yang
aku dan mungkin beberapa rakan lain hadapi adalah, Bagaimana Ingin Memulakan
Perniagaan? Dan dalam kategori apakah perniagaan itu?
Aku masih tercari-cari, apakah produk yang ingin aku
niagakan. Dan sudah tentulah produk itu mendapatkan permintaan dari orang
ramai. Kesalahan biasa yang ramai perniaga baru lakukan adalah, ada produk yang
baik, tetapi tiada permintaan. Masalahnya sekarang, macam mana aku nak tahu,
apakah permintaan produk mereka yang berada disekeliling mahupun dalam “range”
aku.
Ada yang kongsikan Cara Memulakan Perniagaan Kecil Kecilan
iaitu mulakan di pejabat mahupun kawasan perumahan. Dan aku sudahpun melakukan
hal itu. Aku membantu isteriku di dalam Perniagaan Jahitan. Ambil Upah Jahit
Baju Kurung dan Jahit Langsir. Kalau di pejabat, membantu meniagakan produk
makanan, juga daripada hasil tangan isteriku.
Namun, hasilnya, pada aku masih belum cukup. Aku inginkan
sesuatu yang baru. Dan kini aku mendapat peluang perniagaan yang baru. Bermodalkan
RM5000. Hmm, melihat kepada modal nya, tinggi! Tetapi bila melihat kepada sudut
positif, ianya pasti berjaya jika usaha yang dikeluarkan sama besar dengan
modal yang diberi.
Tak guna juga kan, kalau keluar modal besar, tapi malas. Hanya
harapkan orang iklankan produk kita. Tanpa kita ada usaha yang lebih untuk
berjaya. Berani berniaga adalah berani di dalam sesuatu yang kita tidak tahu
tetapi ada usaha nak tahu. Berani dalam segala hal dan berani menanggung risiko.
Hanya mereka yang berani menanggung risiko akan berjaya mencapai apa yang mereka
inginkan.
Dan kalau aku ingin capai apa yang aku inginkan dalam hidup
ni, aku kena lah berani dalam segala hal. Kena buang jauh-jauh rasa takut dalam
diri aku. Dan yang paling penting, kena ada pasukan. Tak boleh jalan sorang. Sebabnya,
kalau jatuh, ada rakan-rakan yang beri support pada kita untuk terus bangun dan
capai impian kita. Semoga Allah permudahkan jalan dan usaha aku. Amin.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com