Semoga Allah permudahkan segala yang aku rancangkan.
Semoga Allah permudahkan segala yang aku rancangkan. Nampak aku
dah tak boleh tunggu lama. Zaman sekarang ni, semua benda kena cepat. Kalau kita
lambat, kita mungkin jauh ke belakang. Dan bila kita menolak peluang yang ada,
tak pasti peluang itu akan datang lagi. Oleh yang demikian, aku harus capai apa
yang ada di depan mata aku sekarang. Kerana ini adalah peluang aku untuk
mengubah kehidupan selesa aku.
Masalah yang paling besar dalam masyarakat sekarang ni
termasuklah aku adalah, untuk keluar daripada kehidupan selesa. Kita selesa
dengan kehidupan yang sebenarnya kita langsung tak suka. Ya! Ini kenyataan! Kita
dok bising, penat bekerja pergi pagi balik lewat malam. Cukup bulan dapat gaji, boleh pakai sehari je, pastu terpaksa bekerja keras selama sebulan semula.
Tapi tahukah anda termasuk aku, yang kita lakukan perkara
ini bukan sehari, bukan sebulan, tetapi bertahun lamanya! Ini yang aku
maksudkan dengan selesa hidup dalam zon selesa. Dan mereka yang berjaya di
dalam kehidupan mereka *yang dapat setiap yang mereka inginkan dalam hidup
mereka* adalah mereka yang berada di luar comfort zone.
Mereka inilah yang berani menanggung risiko. Mereka yang tidak
takut dengan cabaran kehidupan. Dan sekarang, aku memperolehi jalan. Ianya terpulang
pada aku,samada untuk terima atau tidak. Kalau aku tolak, ini bermakna, aku
akan terus kekal di dalam kehidupan selesa seperti yang aku maksudkan tadi. Tetapi
jika aku terima, aku perlu berhadapan dengan pelbagai risiko kehidupan, tetapi
dari sebalik semua itu, aku akan perolehi 1 kehidupan baru, kehidupan yang di
inginkan ramai orang.
Aku memilih untuk mengatakan ya! Pada tawaran yang aku
terima. Aku mahukan kehidupan itu! Tetapi aku masih kurang dalam segala ilmu
mengenainya! Tetapi itu bukanlah alasan aku untuk mengatakan tidak kepada
tawaran itu! Aku memohon Semoga Allah permudahkan segala yang aku rancangkan. Semoga
keputusan yang aku buat ini, akan merubah kehidupan aku, isteri dan anak-anak,
keluarga dan insya Allah, untuk semua yang memerlukannya. Amin!
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com