Jaga bangla lagi senang.
Jaga bangla lagi senang|Pagi tadi waktu aku nak beli sarapan untuk anak-anak aku, aku terdengar perbualan orang-orang tua dekat meja sebelah. Yelah, baru balik solat subuh, lepak dulu perkena roti canai dengan kopi. Perbualan mereka merangkumi pelbagai topic. Dari 1 topik ke 1 topik. Aku tak berapa tertarik dengan topik perbualan mereka, tetapi 1 ada perkara yang buatkan aku fokus pada apa yang mereka katakan.
Salah seorang daripada mereka *mereka ada 4 orang* masih
muda. Dalam lingkungan 30an ke 40an. Buka topik mengenai gaji dan pekerjaan
sekarang. Banyak yang dipersoalkan dan diutarakan. Dalam fikiran aku, dia ni
mesti team leader dekat tempat kerja dia. Sebab dari apa yang dia cakapkan, dia
pasti ramai pekerja di bawah tanggungjawab dia.
Masalah biasa yang aku dengar dekat tempat kerja aku.
Pekerja tak datang kerja, kerap MC, kerap emengrcy leave, malas, suka bergaduh,
tak dengar kata, kuat bodek. Adoi! Macam-macam. Dan menjadi kebiasaan juga,
apabila tiba waktu evaluation bagi pembayaran bonus, mereka-mereka inilah yang
ingin menjadi no 1. Seolah-olah lupa dengan apa yang mereka buat sebelum ini.
Dan menjadi kebiasaan juga, bila dapat result yang teruk,
mereka akan protes. Macam-macam yang mereka buat. Yang paling teruk adalah
boikot ataupun rosakkan barang syarikat. Bila dalam keadaan semacam ini, memang
susahlah team leader nak beri arahan. Sebabnya, confirm mereka tak akan dengar
punya. Kan?
Dan atas alasan itulah, kenapa ramai majikan yang suka ambil
pekerja asing. Kata mereka, pekerja asing lebih senang mendengar arahan. Lebih
senang dikawal. Dan mereka juga tidak kisah dengan bayaran gaji *betul ke?*.
Aku ada seorang rakan yang punya syarikat sendiri. Aku tanya pada dia, kau
ambil pekerja asing ke pekerja kita. Jawapan dia senang je, pekerja asing.
Aku tanya lagi, kenapa pekerja asing? Kenapa bukan pekerja
kita? Bukan takda orang kita nak buat kerja macam tu. Alasan yang dia beri,
sama macam alasan yang aku berikan dekat atas. Bila dengar macam tu, aku tak
leh nak kata apa la. Lagipun bukan syarikat aku kan? Kalau syarikat aku, memang
aku akan lebihkan orang kita.
Dalam situasi semacam ini, takleh nak salahkan orang kita
juga. Sebab bukan semua orang macam tu. Mungkin segelintir sahaja. Ramai lagi
yang boleh berikan perkhidmatan yang terbaik kepada majikan mereka. Janganlah
hanya seorang dua, habis semuanya. Pada aku penilaian itu perlu ada. Buang
mereka yang bermasalah sahaja. Simpan mereka yang memberikan yang terbaik.
Setuju sangat.. sepatutnya masalah diatasi..
BalasPadamDah tau perkerja tu bermasalah, buang jelah..
kalau ikutkan, ramai je rakyat malaysia yang masih nak kerja..
Tapi kerana segelintir nie, habis semua terpalit sama..
kan..kan...:)
Padam