“Aku geram kat kau! Kalau boleh aku nak bunuh kau!”.

http://ceritaejoy.blogspot.my/


“Aku geram kat kau! Kalau boleh aku nak bunuh kau!”| Itu adalah ayat yang aku ambil daripada aduan mengenai Cubaan Membunuh askar komando Melaka. Menyeramkan! Ya! itu adalah ayat terbaik yang boleh aku katakan. Sungai udang, Melaka bukanlah tempat asing bagi aku. Aku membesar disana. Segala lorong aku tahu. Dan bila aku terbaca mengenai kisah ini semalam, sungguh aku terperanjat.

Aku tinggal di alor gajah Melaka. Tak jauh pun dari sungai udang tu. Bila terbaca kes cubaan bunuh ni, dah tentu lah aku jadi seram! Mangsa adalah seorang yang pendiam *itu adalah apa yang aku baca dekat report*, tetapi ini tidak bermakna beliau tak punya musuh! Yelah, kalau tak, tak kanlah orang buat macam tu kat dia kan?

Dikatakan 4 orang tahan motor mangsa dan pukul. Lepas tu bawa ke sungai krubong. Dah siap nak hanyutkan dekat situ. Siap ikat batu bata kat kaki. Tapi disebabkan ada ramai pemancing dekat situ, di angkatnya balik mangsa dan di bawa ke sungai timun,lubuk cina. Bagi mereka yang tak tahu, sungai timun ni banyak udang galah. Dan bila sebut udang galah, banyak jugalah buaya dekat sana!

Bila aku terbaca mangsa ingin dihanyutkan dekat sungai timun, dengan tangan bergari di kaki! Dan sungai tu ada buaya! Ish! Tak dapat aku bayangkan kalau ada apa-apa yang terjadi. Tapi alhamdulillah, semuanya dah jadi ketentuan Allah. Dan di tambah lagi, mangsa adalah tentera elit. Latihan yang diberi, banyak dipraktikkan dalam keadaan seperti ini.

Apa yang aku nampak dekat sini *melalui bacaan kasar aku* walaupun kita diam, dan mungkin tak kacau orang, itu tak menjamin semua orang suka dengan kita. Mungkin ada yang tak selesa tengok kita senang. Atau mungkin ada orang yang tak selesa dengan apa yang kita dapat. Jadinya, bersederhana lah dalam apa jua keadaan. Dan bercampur gaul lah dengan rakan-rakan sekeliling. Hmm. Semoga mangsa cepat sembuh. Amin.




Laporan penuh Cubaan Membunuh askar komando Melaka.

LAPORAN AWAL

Selamat Petang YDH Tuan
Maklum Kes cubaan bunuh berhampiran kem sungai udang Melaka.

B. BUTIRAN PENGADU

1. Nama: Mohd Sukri Bin Rahimin
2. KPT : 821020126419
3. Umur : 33 Tahun 5 Bulan
4. Pekerjaan: Tentera
5. Alamat: Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sg. Udang 76300 Melaka

C. RINGKASAN KES :-

1. Pada 17/04/2016 jam lebih kurang 0915hrs Pengadu telah terima panggilan telefon daripada Kem Sg. Udang, Melaka beritahu (1) anggota pengadu Nama xxxx telah di masukkan di Hospital Alor Gajah.

2. Sampai Di Hospital Alor Gajah pengadu telah berjumpa penama dan telah diberitahu dipukul oleh (4) orang lelaki bangsa Melayu yang tidak dikenali.

3. Menurut mangsa, beliau datang ke Kem Sg. Udang untuk menyiapkan kerja yang tertangguh, Setelah selesai kerja pada jam lebih kurang 1.00 pagi beliau balik rumah.

4. Setiba Di Jalan 100 Meter ke hadapan Kem Sg. Udang beliau telah disekat oleh (4) orang lelaki yang tidak dikenali dan dipukul dengan kayu di bahagian kepala

5. Beliau seterusnya dibawa ke Empangan Krubong untuk dihanyutkan. Setibanya di Empangan Krubong rancangan untuk menghanyutkan mangsa dibatalkan kerana melihat ramai orang awam yang memancing

6. Beliau kemudiannya dibawa ke Sungai Timun Lubuk China dan dihanyutkan ke dalam sungai dalam keadaan tangan kanan digari dengan kaki kiri dan diikat dengan batu.

7. Beliau telah ditemui oleh orang kampung dan diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Alor Gajah

8. Kemudian pengadu buat report di balai polis.

D. MANGSA

1. Nama: Mohd Daud Bin Karim
2. No Tentera: 1162424
3. KPT: 900411026015
4. Kerja : Tentera
5. Alamat: Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia Kementah Jalan Padang Tembak 50634 K.L
6. Status: Kahwin,2 org anak

E. KECEDERAAN 

- 51 tempat luka seluruh badan.
- 80 jahitan di bahagian kepala

D. Hasil Siasatan

1. Menurut pengadu,mangsa adalah seorang yang pendiam dan tiada masalah disiplin dalam Kem.

2. Mangsa memang hadir kerja di Kem dan l/kurang 1.00 pg baru balik rumah.

3. Mangsa balik selesai kerja yang tertangguh waktu cuti

4. Mangsa kerja sebagai kerani pentadbiran di pejabat Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sg Udang

5. Menurut mangsa, kejadian bermula apabila mangsa keluar drp Kem pada jam l/kurang 1.00 pg.

6. Mangsa menaiki m/sikal jenis EX 5 no pendaftaran MBXxx dan telah ditahan oleh sebuah kereta butiran tidak pasti dan keluar 4/L Melayu yg tidak dikenali terus memukul mangsa dengan kayu dan batu bata.

7. Kemudian mangsa telah ditarik masuk ke dalam kereta dan digari kedua2 tgn dan kedua2 kaki diikat pada batu bata yg digunakan memukul mangsa.

8. Salah seorang suspek telah menaiki m/sikal mangsa.

9. Semasa dalam perjalanan,salah seorang suspek telah mengeluarkan kata"aku geram kat kau, kalau blh aku nak bunuh kau"

10. Semasa dalam kereta,mangsa telah dipukul dengan kayu dan tangan dalam keadaan kepala mangsa ditekup ke bawah.

11. Seterusnya mangsa telah dibawa ke Empangan Krubong dan dibawa turun daripada kereta dan dicampak ke dlm Empangan.

12. Pada masa itu, mangsa telah digari kaki kanan dan tangan kiri serta diikat kedua2 kaki dengan batu.

13. Kemudian mangsa telah berenang ke arah tebing namun dipukul oleh suspek dan juga diberi amaran"buat bising!aku bunuh kau!"

14. Selepas itu, suspek telah membawa keluar mangsa drp air dan masuk kereta bawa mangsa ke tempat lain.

15. Sampai di sungai Timun Lubok China,mangsa telah dikeluarkan drp kereta dan dipukul dan mangsa berpura2 pengsan

16. Kemudian mangsa dicampak ke dalam sungai dalam keadaan tangan kanan digari ke kaki kiri manakala kaki kanan diikat dengan batu.

16. Seterusnya mangsa tenggelam ke dalam sungai dan cuba berenang ke tebing sungai sampai di semak dalam sungai.

17. Mangsa berada di dalam sungai l/kurang 15 minit sebelum naik ke darat.

18. Ketika langit mula terang dan mangsa mendapati ada orang datang lalu mangsa mendapatkan bantuan drp org itu.

19. Mangsa tidak dpt camkan muka suspek. Mangsa hanya ingat 3 org suspek berbadan besar dan seorang mangsa badan kecil.Lain2 ciri2 fizikal mangsa tidak dpt ingt.

20. Mangsa kini ditahan wad 4-4 di Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

E. SUSPEK

4/ L Melayu bersenjatakan bata, kayu dan menaiki sebuah kereta butiran tidak pasti
F.BARANG HILANG

1.Sebuah telefon bimbit jenis Samsung Tab 3
2. M/sikal jenis Honda EX 5 no.Pendaftaran MBX xx.

G.Modus Operandi:

- 4 Lelaki Melayu memukul mangsa dengan Kayu dan batu bata,mangsa di gari tangan kanan dan kaki kiri serta diikat batu lalu dihanyutkan di dlm Sg Timun Lubok China

H. Motif : Cubaan bunuh

I. TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL

1. Rakaman percakapan pengadu,mangsa dan isteri mangsa
2. Ambil gambar kecederaan mangsa.
3. Telah arahkan detektif bertugas untuk mendapatkan maklumat tentang kejadian ini.
4. Telah memohon bantuan D8 IPK Melaka untuk kesan suspek melalui no telefon mangsa

Terima kasih tuan.
-----------
Kdo assalam Boss, XO, OO dan Tuan2 kepala penggempur..
Maklumat awal kejadian
Pukul/cubaan membunuh anggota Rej 11 Gerak Khas 

Tarikh: 17/4/2016
Masa: 0105
Lokasi: Taman Peruna

Anggota datang ke Mk Rej utk urusan buat msj sehingga jam 0100.
Lebih kurang 17/4/16 jam 0105 dlm perjalanan pulang, motor beliau telah ditahan di simpang berhampiran lorong tikus ke kebun (taman Peruna).

Iaitu di kawasan gelap. Lebih kurang 150m dari pskn, beliau telah ditahan sekump lelaki - 4 orang dan tiba2 di pukul menggunakan kayu. Anggota pengsan di tempat kejadian. Anggota dibawa ke tempat lain menggunakan kereta ( tidak tahu jenis apa).

Dari maklumat awal, anggota telah dibawa ke krubong bagi cubaan melemaskan beliau,namun gagal..kerana terdapat org awam yang sedang memancing.

Kemudian, tangan beliau di gari dan seterusnya, beliau dibawa ke sg.Timun untuk tujuan yang sama..bagi maksud membunuh beliau. Beliau bernasib baik kerana masih hidup dan dijumpai org awam di sekitar kawasan berhampiran.

Org awam membuat laporan polis. Polis yang tiba membawa beliau ke hospital alor gajah.
Pihak hosp telah menghubungi pskn dan memaklumkan anggota sdg dirawat di hosp berkenaan.

Setakat ini, mangsa dalam proses untuk dipindahkan ke hosp melaka.

Laporan polis akan dibuat setelah selesai menghantar mangsa ke hosp melaka.

*Mangsa tidak pasti akan pelaku kerana keadaan gelap dan berlaku terlalu pantas.
*Mangsa skrg dalam keadaan sedarkan diri.
*Motor mangsa dimaklumkan dijumpai di petronas sg.udang.

Sekian untuk maklumat Awal YBhg Tuan

2 ulasan:

  1. Tidak semua orang senang dengan kita walau pun kita tidak ganggu orang lain..cantik hati kita..cantiklah yang lain in sya Allah.

    BalasPadam
  2. silap besar buat main dengan pasukan gerakkhas ni. sampai lubang cacing depa cari 4 org tu nnti

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.