Ingin terbang lagi ke Bangkok, Thailand.
Ingin terbang lagi ke Bangkok, Thailand|Alhamdulilah. Dengan
kerja aku lah, aku dapat terbang ke Negara gajah putih berulang kali. Bukan nak kata
tak boleh nak guna duit sendiri, tapi kalau nak menyimpan tu, ambil masa yang
lama sikit. Hehe. Baiklah, aku baru sampai ke Ayutthaya, prachin buri dan Bangkok.
Dah nama pun urusan kerja kan, kalau pergi sendiri, memang
merata dah aku sampai. Orait, kenapa aku suka pergi Thailand? Sebelum apa-apa,
jangan ada yang cakap aku suka sebab boleh layan Thai Oil Massage dekat Bangkok
tu yer. Aku suka pergi Thailand sebab aku suka dengan budaya dan lokasi menarik
dekat sana.
Lagi 1, sebab aku suka beli barang. Apa-apa barang lah. Sebab
harga barang dekat sana boleh dikatakan murah jika dibandingkan dengan Negara kita
ni. Aku kalau sampai Thailand, dalam kepala aku dah fikir beberapa lokasi. Antaranya,
Chatuchak Market atau Pasar Chatuchak. Bagi mereka yang tak tahu, Chatuchak
Market adalah salah satu pasar terbesar di dunia.
Kalau malam pula, aku suka pergi Rod Fai Market. Sama je
sebenarnya dengan Chatuchak, tapi rod fai ni buka malam je. Lokasi ini adalah
bekas tapak perhentian keretapi lama. Bagi mereka yang suka kumpul
barang-barang lama, aku cadangkan korang pergi sini. Lokasinya pun di Bangkok. Cuma
nasihat aku, bawalah wang banyak sikit, sebab barang-barang dekat sini murah
tau. Hehehe.
Bagi mereka yang inginkan suasana mewah, korang boleh pergi
ke Asiatique. Dekat sini korang boleh terserempak dengan selebriti Thailand *kalau
korang kenal la* hehehe. Cumanya dekat sini barang-barang nya sedikit mahal. Tapi
bagi mereka yang nak cari beg naraya, ha, baik korang datang sini. Waktu aku
sampai sini dulu, penuh aku borong beg naraya nak hadiahkan pada wife. Hahahaha.
Tapi kan, tapi, di antara lokasi beli belah paling top dekat Thailand
adalah di Mbk Bangkok. Dan apa yang aku suka dekat sini adalah, foodcourt nya. Hahaha.
Sebab kat situ ada macam-macam makanan dari seluruh Negara asia! Korang pilih
je nak pakai makan apa. Suasana tempat makannya juga selesa. Barang-barang
dekat sini pun boleh tahan murah. Kalau korang pandai “deal” harga, confirm
boleh dapat lebih murah.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com