Selsema+hidung berdarah!

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Selsema+hidung berdarah! Aku paling tak suka kalau badan aku panas. Kena pulak kalau aku demam+selsema. Aku susah nak dapat sakit, tapi bila sekali sakit, adoi, betul-betul dia bagi. Sekarang aku kena selsema. Rasanya dah 4 hari. Bila aku kena selsema dalam tempoh yang lama, kena pulak dengan cuaca sekarang yang panas dan kering, hidung aku confirm akan kuar darah.

Korang bayangkan, bila selsema, hinggus mesti banyak kan? Dan confirm lah korang nak keluarkan hinggus tu. Tapi bila korang keluarkan, bukan hinggus yang keluar, tapi darah! Dan dalam kuantiti yang banyak! Adoi, penuh tapak tangan aku dengan darah! Aku basuh dan teruskan mandi macam biasa. Ha! Aku cerita dengan wife aku, dia punya lah takut, macam-macam yang keluar dari mulut dia. Aku? Buat tak tau je.


Aku memang macam ni dari kecik *itu yang arwah mak aku cakap*. Bila cuaca terlalu panas dan suhu dalam badan aku pun sama naik panasnya, hidung aku akan keluar darah dengan sendirinya! Ha? Korang bayangkan, nak korek hidung, tapi yang keluar darah yang dah kering. Seram tak? Ishh. Itulah keadaan yang aku alami sekarang. Huhuhu.

Aku bila jadi macam ni, confirmlah aku akan minum air dengan kuantiti yang banyak. Supaya suhu dalam badan aku kembali normal. Alhamdulilah, ruang kerja aku ada aircond. Tapi ada masanya aku dekat luar, terasa naik balik suhu badan aku. Kenalah minum balik air banyak-banyak. Tapi itulah, yang aku tak suka bila banyak minum ni, aku akan kerap ke tandas. Adoi! Dah la tandas jauh, kena turun naik tangga pulak tu. Itu yang malas tu.

Bila panas-panas macam ni, aku suka mandi ais. Letak ais banyak-banyak dalam baldi, pastu mandi. Yang sebenarnya, ada plan nak letak bathtub kat rumah, boleh berendam dalam ais. Owh nikmatnya! Balik kerja penat-penat, tahan air dalam bathtub tu, pastu berendam. Lagi syok kalau ada tv kecik dengan buah anggur. Wah! Cukup-cukuplah aku menyimpan impian ni. Orait. Cukup sampai di sini ceritaejoy. Thanks ya sudi baca. J

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.