Cara paling mudah untuk hidup mewah.
Cara paling mudah untuk hidup mewah. Orait! Siapa yang nak hidup mewah? Confirm Lah semua orang nak kan? Tapi berapa ramai yang betul-betul mencapai impian mereka. Sedar
atau tidak, hampir kebanyakkan daripada kita, hanya menyimpan cita-cita itu
tanpa ada usaha untuk menjadikan ianya sebagai 1 kenyataan. Ish, dah macam Pakar
Motivasi Jutawan pulak aku nih!
Bagaimana Nak Hidup
Mewah? Ianya adalah soalan lazim yang biasa kita dengar. Dan adalah 1
perkara yang lazim juga untuk kita lihat, mereka yang bertanyakan soalan itu,
masih kekal dengan kehidupan yang sama. Hari demi hari, bulan demi bulan dan
tahun demi tahun, masih sama. Apa yang menghalang seseorang itu untuk hidup
mewah?
Hidup Mewah Tanpa Berhutang.
Aku lebih suka kalau kita boleh jalani kehidupan yang mewah
tanpa berhutang. Yang sebenarnya, aku pernah cakap macam ni dengan seorang
rakan aku. Alhamdulilah, kehidupannya senang sekarang, lepas perniagaannya
menjadi. Dia cakap lain pulak, dia cakap dengan aku, kalau tak berhutang, dia
takkan berjaya dalam bisnes. Tapi, pesan dia lagi, bila ada duit, dulukan
hutang dulu. Jangan sesekali berhutang untuk bayar hutang. Hmm, mendalam
jugak maksud dia kan?
Aku bukan nak kongsi Cara
Nak Kaya Dengan Cepat. Tapi aku nak kongsikan apa yang korang dan aku boleh
buat untuk hidup mewah. Yang sebenarnya, tidak lah sesukar mana pun. Hanya ikut
langkah demi langkah ini < 6 rahsia bagaimana untuk hidup mewah>. Baca dan
fahamkan sedalam-dalamnya. Segalanya ada di sekeliling kita. Kita boleh nampak
benda tu.
Pesan aku, jangan Hidup Mewah Tak Sepadan Gaji. Maksudnya,
sanggup berhutang sana sini, hanya untuk menunjukkan pada orang lain, yang
kehidupan kita ni mewah. Ataupun cuba untuk bersaing dengan orang lain. Dan selalu
ingat, kita bukan Anak Menteri yang Hidup mereka Mewah. Selalulah bersyukur
dengan apa yang ada di sekeliling kita ya!
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy. Lain masa
datang lagi ya! Hehehe.
Hhe..selalu bersyukur dengan rezeki Allah
BalasPadam